Filem THE END OF OAK STREET (2026) ; Bila dinosaur masuk ke taman perumahan

Awalnya saya fikir, “Bah, satu lagi filem dinosaur.” Tapi rupanya tidak.

Filem arahan David Robert Mitchell ini mengambil konsep yang cukup gila, satu kawasan kejiranan biasa tiba-tiba terpisah daripada dunia asal akibat satu kejadian kosmik. Dan apabila sebuah keluarga ni (keluarga Platt) mula sedar apa yang berlaku, mereka bukan sahaja berdepan dengan dunia yang asing tetapi juga dengan dinosaur dan ancaman untuk terus hidup.

Yang saya suka, filem ini bukan semata-mata tentang dinosaur. Dinosaur hanyalah “alat” untuk letakkan sebuah keluarga dalam keadaan survival paling ekstrem.

Bila nyawa menjadi taruhan, hubungan suami isteri, hubungan ibu dengan anak dan persoalan tentang keluarga mula muncul. Di sinilah lakonan Anne Hathaway dan Ewan McGregor menjadi kekuatan filem. Konflik keluarga itu terasa berjalan seiring dengan konflik survival.

Sepertinya ilem ini jelas sekali mahu hidupkan kembali rasa filem adventure Hollywood era 80-an. Ada aura Spielberg, ada sedikit Jurassic Park, ada sentuhan The Twilight Zone, tetapi Mitchell cuba memasukkan identitinya sendiri.

Ada beberapa babak yang membuat kita benar-benar rasa manusia ini sangat kecil apabila berhadapan dengan alam yang jauh lebih besar daripada mereka.

Visual, memang menarik terutama apabila dunia yang kita kenal bertukar jadi liar dan tidak masuk akal. Cuma…Apabila masuk ke bahagian misteri kosmik dan konsep ruang, masa serta realiti, logiknya mula menjadi sedikit longgar. Ada persoalan yang menarik tetapi tidak semuanya diberikan jawapan yang memuaskan.

Dan endingnya? Ini mungkin bahagian yang paling banyak membuat penonton berfikir. Ada yang akan kata menarik kerana membuka ruang tafsiran. Ada yang mungkin akan kata, “Eh, macam mana boleh jadi begitu?”

Saya sendiri rasa filem ini lebih menarik apabila kita tidak terlalu sibuk mencari logik saintifiknya.

Nikmati ia sebagai sebuah survival adventure yang bercampur dengan drama keluarga, science fiction dan sedikit horror.

Kesimpulan sy The End of Oak Street bukan filem dinosaur terbaik yang pernah saya tengok tetapi ia mempunyai sesuatu yang semakin jarang kita dapat dalam filem blockbuster hari ini, IDEA YANG BERANI DAN PELIK.

Satu jalan perumahan.
Satu keluarga.
Satu kejadian kosmik.
Dan tiba-tiba… Keluar Dinosaur di halaman rumah 😁

Saya bagi 3.8/5

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *