๐…๐ข๐ฅ๐ž๐ฆ ๐’๐ˆ๐‚๐‚๐ˆ๐ ๐Ÿ— (๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”); ๐…๐จ๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š ๐ฅ๐š๐ฆ๐š ๐ง๐š๐Ÿ๐š๐ฌ ๐›๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ ๐ญ๐š๐ฉ๐ข ๐š๐ ๐š๐ค ‘๐ค๐š๐ฉ๐ฎ๐ฌ-๐ค๐š๐ฉ๐ฎ๐ฌ’

Kurang setahun selepas Siccin 8 rilis, Siccin 9 pula muncul. Bagi ikuti francais SICCIN sejak filem pertama kita akan sedar satu formula naratif yang hampir tidak pernah berubah. Konflik utama sentiasa berpusat pada sebuah keluarga yang jadi mangsa sumpahan atau sihir, sebelum plot berkembang melalui siri gangguan yang semakin ekstrem. Kemudian, apabila cerita memasuki babak ketiga (third act), akan muncul seorang perawat yang menjadi pemangkin kepada resolusi cerita.

Watak inilah yang lazimnya menerima alamat atau petunjuk ghaib mengenai punca musibah melalui mimpi lalu berdepan entiti tersebut sehingga konflik akhirnya diselesaikan.

Menariknya dalam SICCIN 9, penulis skrip berani memecahkan formula itu. Sang perawat langsung tidak mempunyai komunikasi dengan mana-mana ahli keluarga yang sedang ditimpa sumpahan.

Dari sudut pembinaan karakter, watak ini juga dipersembahkan jauh lebih manusiawi. Dia kelihatan letih, hampir hilang harapan dan seolah-olah mahu meninggalkan tugasnya sebagai pemutus sihir. Namun, arc wataknya menunjukkan bahawa dia tetap tidak mampu mengelakkan takdir. Walau sejauh mana dia cuba melarikan diri daripada tanggungjawab itu, akhirnya dia tetap menjadi individu yang ditakdirkan untuk memutuskan kawalan jin dan sihir terhadap mereka yang memerlukan.

Perubahan kecil terhadap formula inilah yang memberi nafas baharu kepada francais ini dengan tidak menghilangkan identiti asalnya.

Terus terang tona penceritaan jauh lebih gelap sebab gangguan yang berlaku bukan sekadar berpunca daripada sumpahan atau sihir sebaliknya menjadi manifestasi kepada rahsia serta dosa paling disturbing dan yang tersembunyi dalam keluarga tersebut.

Pendekatan ini menjadikan konflik utama lebih berat dan dimensi psikologi yang lebih mendalam kepada naratif tapi beri efek pula dari kepada pacing iaitu babak pertengahan terasa sedikit perlahan.

Rekaan makhluk (creature design) dan solekan kesan khas (special effects makeup) merupakan antara kekuatan terbesar filem ini kali ini. Penampilan entiti ghaib nampak lebih creepy dan menggerunkan.

Seperkara ramai berpendapat, SICCIN 1 hingga 3 jugalah filem seram terbaik dalam francise filem ni yang statisfying ditonton. Selera masing-masing.

*’๐ค๐š๐ฉ๐ฎ๐ฌ-๐ค๐š๐ฉ๐ฎ๐ฌ’ – termengah-mengah

Stars 3.8/5

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *