Masa screening filem RUMAH TANPA CAHAYA hendak mula semalam (19 Ogos 2026), in-house emcee 10 Star Cinemas Parklane City Papar buat welcoming speech ringkas kepada audiens. Sempat dia tanya, โAda sedia tisu ka?โ
Saya tersengih saja. ๐Rupanya dia bukan main-main.
Filem dimulakan dengan kehangatan sosok Nurul, seorang ibu dan isteri yang menjadi cahaya kepada suaminya, Qomar, serta dua anak lelaki mereka, Samsul dan Azizi. Nurul juga mengusahakan warung/restoran bersama keluarga. Kita diperlihatkan rutin sebuah keluarga yang sederhana, dengan karenah suami dan anak-anak, kerja di warung, gurauan kecil dan kasih sayang yang nampak biasa-biasa saja.
Tapi perlahan-lahan filem ini mula mewajarkan soalan emcee tadi.
โAda sedia tisu?โ Yaโฆ nampaknya beliau memang tahu apa yang bakal berlaku kepada kita. Momen paling menggetarkan bermula apabila Nurul pergi buat selama-lamanya secara tiba-tiba. Bukan kerana sakit yang lama, bukan juga kerana kemalangan. Perginya begitu sahaja, meninggalkan Qomar, Samsul dan Azizi berdepan dengan sebuah rumah yang tiba-tiba kehilangan cahayanya.
Yang saya suka, filem ini tidak membiarkan emosi terus berada pada tahap sedih sepanjang masa. Ada humor, ada gelagat keluarga, ada momen-momen ringan yang membuat kita tersenyum. Tetapi semakin filem berjalan, semakin terasa satu perkaraโฆ Kadang-kadang kita hanya sedar betapa pentingnya seseorang selepas dia sudah tiada.
Antara momen yang paling mengesankan ialah apabila Qomar dan anak-anak mula teringat semula perkara-perkara kecil tentang Nurul. Benda-benda yang dulu nampak remeh, tiba-tiba menjadi begitu bermakna.
Mau cari sesuatu dalam rumahโฆ
mau bertanya sesuatuโฆ perlukan bantuanโฆ Dan ketika itu barulah terasa sebuah ketiadaan
Filem RUMAH TANPA CAHAYA bagi saya bukan sekadar cerita tentang kematian seorang ibu. Ia tentang kehadiran seseorang yang terlalu dekat dengan kehidupan kita sehingga kita tidak pernah benar-benar menyedari nilainya.
Lakonan? Ira Wibowo sebagai Nurul merupakan kekuatan utama filem ini. Nurul tidak perlu terlalu banyak adegan menangis atau monolog untuk membuat kita sayang kepadanya. Kehangatannya dibina melalui perkara-perkara kecil dengan keluarganya
Donny Damara sebagai Qomar pula menarik dengan kesedihan yang lebih tertahan. Ada emosi yang tidak perlu disebut melalui dialog kerana wajah, diam dan reaksinya sudah cukup bercakap. Ridwan A. Ghany sebagai Samsul dan Lavicky Nicholas sebagai Azizi pula memberikan dua bentuk respons yang berbeza terhadap kehilangan ibu mereka.
Dalam filem ni, kita bukan hanya melihat mereka kehilangan Nurul. Kita melihat bagaimana setiap seorang cuba hidup dalam sebuah rumah yang sudah tidak mempunyai โcahayaโ yang sama.
Kesimpulannya, RUMAH TANPA CAHAYA ialah sebuah drama keluarga yang nampak sederhana pada awalnya tetapi perlahan-lahan mencengkam emosi.
Dan kepada in-house emcee 10 Star Cinemas Parklane City Papar tadiโฆ, saya mengaku. Tisu memang patut bawa. ๐๐ญ
4.5/5
#10StarCinemasPawagamKomuniti
#RumahTanpaCahaya
#SebelumTerlambat


