Filem PASSENGER mungkin bukan filem horror yang kompleks atau revolusioner tapi atmosfera gelisah yang dibina berjaya buatkan jumpscarenya tetap terasa intens.
Genre, sesetengah reviewer kata filem ni filem psychology supernatural horror tapi bila tengok karakter sentiasa bergerak dalam motorhome van, sy teringat satu kawan lama penulis skrip pernah kasi tau tentang ‘road movie’ iaitu filem yang lebih 70% scenenya berlaku di jalan raya. So boleh saya kata filem ni juga tergolong dalam genre road horror movie.
Filem ni berkisar tentang Ty dan Maddie (pasangan kekasih) yang pilih untuk hidup dan mengembara guna motorhome van terjebak ke pengalaman horor bila ada entiti mistik yang ikut jadi ‘passenger’ dalam van mereka. Macam mana ‘benda’ tu boleh ikut kena tengok sendirilah. Ty dan Maddie terlanggar pantang kerana ‘terlalu baik hati’. Intens jugalah apa yang dorg berdua lalui.
Tidak banyak yang dapat dikongsi tentang filem ni tapi refleksinya agak menarik terutama bila menyedari bahawa kita dalam dunia realiti ni juga ‘passenger’ untuk jangkamasa tertentu dan bebas memilih untuk menjadi passenger yang baik atau sebaliknya. Filem ni juga seolah jadi metafora bahawa dalam perjalanan kehidupan dimana kita tidak akan tahu apa yang bakal kita temui pasti banyak dipengaruhi oleh pilihan-pilihan hidup yang kita buat. Selamat memilih haluan ๐ซถ๐ป
Stars 3/5
#10StarCinemasPawagamAnda

