๐…๐ข๐ฅ๐ž๐ฆ ๐๐š๐ซโ€™๐’๐š๐ญ๐š ๐’๐ž๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ ๐’๐ž๐ญ๐š๐ง (๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) ; ๐…๐ข๐ฅ๐ž๐ฆ ๐ฌ๐ž๐ซ๐š๐ฆ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐ž๐ซ๐š๐ง๐ข ๐ฃ๐š๐๐ข ๐›๐ซ๐ฎ๐ญ๐š๐ฅ.

Selepas filem Jangan Pandang Belakang 2 (Nov 2024), Pierre Andre kembali lagi dengan sebuah filem seram yang jauh lebih gelap dan ganas (brutal). Pendek kata kita di Sabah bilang ‘Sandih’

Walaupun pada awalnya ada beberapa babak yang sedikit terasa klise sampai terdetik dalam hati, โ€œahh kliseโ€ฆ opening dan setup Jangan Pandang Belakang 2 lebih kemas,โ€

https://www.facebook.com/share/p/1atNjzp8RL/


Fikiran saya sudah mula compare dengan filem Malam Terlarang (Okt 2025)

https://www.facebook.com/share/p/1atNjzp8RL/


tapiiii bila cerita mula masuk ke konflik utama, intensitinya terus meningkat tanpa kompromi. Sebelum tu, sempat juga terasa seperti masih ada pilihan treatment lain filem ni yang boleh dibuat selain versi ni. Tapi ternyata, saya terkesan Pierre Andre ada alasan tersendiri dengan treatment versi beliau. Jelas untuk ‘menyediakan penonton’ menikmati payoff di hujung naratif pilihannya.

Saya boleh kata, ini filem horor Malaysia yang berani jadi brutal. Sebagai peminat filem seram, vibe filem ini mengingatkan saya gaya horror Thailand, Indonesia dan Turki iaitu gelap emosional dan tiada jump scare murahan.

Kekuatan paling ketara, penggunaan formula revenge horror dengan konsep body count progression. Satu, satu mesti mati punya rule. Setiap pelaku kejahatan dihukum dengan kematian yang brutal tanpa ampun!, Bila tedetik dalam hati kenapa sampai begini balasannya? Tup tup flashback perbuatan lampau mereka terhadap mangsa. Struktur seperti ini buat penonton stay tunggu siapa lagi yang kena โ€œhukumanโ€ seterusnya dan bagaimana rupa hukumannya.

Dari sudut atmosfera, filem ini berjaya bina rasa tidak selesa berpanjangan. Ada beberapa babak yang terasa kejam tetapi penulis sudah siapkan ‘enabler’ yang ‘lebih kejam’ dan relevan dengan emosi dendam yang dibawa oleh cerita.

Lakonan? Balqis (Trisha Ooi) believable Internalization rasa terhina dan trauma sangat kuat, emosi ketakutan dan kemarahan terpendam Balqis berjangkit ke penonton. Trauma dan derita Balqis DIRASAI penonton ๐Ÿ˜”

Pelakon lain? Satu hal filem ni bijak simpan kekuatan watak sehingga ke act 2 ke babak akhir, awalnya nampak biasa tidak terlalu menonjol tapi funtion betul di hujung2 cerita. Watak Wati (Mawar Rashid), Alif (Fadlan Hazim), Chai (Khenobu), Fir (Aniq Suhair) Duka (Dai Fuad) dan Ben (Imranul Effendi) yang awalnya terlihat hanya watak rakan sosial sebaya yang biasa-biasa bertukar 180 darjah bila rahsia dan dosa mereka terbongkar. Semuanya memainkan peranan penting dalam progression revenge horror filem ni dengan ‘kejijikan’ karakter masing2.

Pelakon veteran Khatijah Tan (Nek Bayu), Namron (Sariman), Wan Hanafi Su (Kyai Sidiq) dan Vanida Imran (Ibu). Aura lakonan mereka memberi ‘weight’ kepada keseluruhan naratif. Tidak terlalu banyak berdialog untuk menguasai babak. Namron paling ‘sedap’ ๐Ÿ˜. Asyraf Muslim sebagai Umar ditampilkan untuk redakan ketegangan menonton. Wajah tenang dan aura ‘insyaAllah semua akan baik-baik’ buat Ashraf Muslim berfungsi dalam cerita ni.

Secara keseluruhan, Narโ€™Sata: Sekutu Setan bukan sekadar filem seram biasa. Piere Andre ‘tapau kemas’ filem dia kali ni dengan trauma, dendam, ritual mistik, hukuman brutal dan atmosfere gelap terus menerus! Klimaks dan progression filem ni memang terasa rewarding la untuk peminat revenge horror. Bro Pierre Janganlah jadikan filem ni filem terakhir anda, boleh limpas 5 juta ni!

Stars 5/5!

#Nar’SataSekutuSetan #Horror #FilemSeram #10StarCinemasPawagamAnda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *