๐…๐ข๐ฅ๐ž๐ฆ ๐ˆ๐ง ๐“๐ก๐ž ๐†๐ซ๐ž๐ฒ (๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) ; โ€œ๐€๐ฌ๐ฌ๐š๐ฅ๐š๐ฆ๐ฎ๐š๐ฅ๐š๐ข๐ค๐ฎ๐ฆ.โ€

โ€œAssalamualaikum.โ€ Itulah dialog Sid lakonan Henry Cavill dalam satu babak yang buat saya tersengih ketika menonton In the Grey. Mau jak saya jawab walaikumsalam. Dalam filem ni, Cavill digandingkan bersama Jake Gyllenhaal sebagai Branco, dua enforcer yang bekerja untuk Rachel Wild lakonan Eiza Gonzรกlez seorang peguam dan pengutip hutang elit yang cekap kendalikan operasi berprofil tinggi. Agaknya begitulah gambaran bagaimana aset seorang billionaire boleh disita dalam tempoh 24 jam walaupun dia cukup licik menyembunyikan hartanya.

Pada awalnya saya bayangkan filem ini akan dipenuhi babak pejabat, mahkamah dan urusan korporat yang serius. Rupanya tidak. Filem ini bergerak aktif dengan banyak outdoor scene, wide shots dan gerakan kamera yang terasa โ€œterlalu yakinโ€, menjadikan pengalaman menonton menyeronokkan. Lebih menarik, gaya pengarahan Guy Ritchie masih kuat terasa melalui penggunaan pop-up text, title card dan transition pantas untuk membantu penonton catch-up dengan kepantasan storytelling. Pendek kata ini jenis filem yang ketika karakter masih berbincang tentang strategi dan taktikal, visual kejadian itu sudah terlebih dahulu berlaku di skrin.

Satu hal, jangan cari hero tipikal dalam filem ini. Siapa protagonis dan siapa antagonis sudah tidak terlalu penting kerana tajuknya sendiri โ€œIn The Greyโ€ sudah memberi petunjuk bahawa semua karakter berada dalam ruang moral yang kelabu. Masing-masing mempunyai konflik, kepentingan dan prinsip sendiri untuk dipertahankan.
Apa yang benar-benar membuatkan filem ini berfungsi ialah chemistry antara Cavill dan Gyllenhaal. Kedua-duanya membawa energi yang berbeza tetapi saling melengkapi, seperti keberadaan Zul Ariffin dan Bront Palarae dalam Tarung Unforgiven.

Cavill tampil dengan aura stoic dan commanding, manakala Gyllenhaal pula lebih liar, unpredictable dan sinikal. Dinamika mereka menjadikan setiap dialog terasa entertaining walaupun sekadar berbual tentang strategi atau ancaman. Dialognya pula memang kaw-kaw, penuh permainan psikologi aras tinggi untuk menduga dan memerangkap pihak lawan.

Dari sudut pengalaman menonton, ketegangan cerita memang terasa dan filem ini tidak terlalu bergantung kepada aksi semata-mata. Ya, babak tembak-menembak dan tactical combat disusun dengan kemas, tetapi kekuatan sebenar filem ini terletak pada atmosphere dan screen presence. Yang paling saya suka, ada banyak babak stillness di mana pelakon hanya berdiri, memandang, diam beberapa saat, memberi senyuman kecil dan bercakap perlahan tetapi tension tetap terasa. Di sinilah filem ni menang. Ia faham bahawa presence kadang-kadang lebih kuat daripada ledakan aksi atau dialog berjela

Secara keseluruhan, In The Grey ialah sebuah espionage thriller yang slick, presentationya smooth, entertaining dan identiti visual yang kuat. Filem ini jual aura lakonan dan visual yang seimbang dengan jalan ceritanya.

Stars 4.8/5

#Inthegrey #10StarCinemasPawagamKomuniti #10StarCinemas #GuyRitchie #HenryCavill #JakeGyllenhaal #EizaGonzalez

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *