๐…๐ข๐ฅ๐ž๐ฆ ๐Š๐Ž๐๐’๐๐ˆ๐‘๐€๐’๐ˆ ( ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) ; ๐“๐ก๐ซ๐ข๐ฅ๐ฅ๐ž๐ซ ๐ฉ๐จ๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ค, ๐ฌ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐ฌ๐ฎ๐ฌ๐ฉ๐ž๐ง๐ฌ

Filem KONSPIRASI ni sebuah filem action thriller (politik & keselamatan negara) tentang satu organisasi penguatkuasaan undang-undang berkaitan rasuah dan keselamatan negara arahan Ghaz Abu Bakar. Agak mantap dan mengujakan. Garapan dan jalan ceritanya dibina dalam skala ‘nasional’ dan negara, siap ada watak Perdana Menteri dan menteri Kementerian penting negara bila ada krisis berlaku. Terakhir sy tengok filem ada watak PM ni filem DAULAT (2020) tu pun di youtube.

Tema cerita, tentang potensi ancaman keselamatan kepada sesebuah negara khususnya serangan siber dan usaha negara mengantisipasi ancaman tersebut. Suatu cerita yang jarang kita tonton dalam drama mahupun filem tempatan. Filem ni juga ketengahkan idea bahawa ancaman sebenar dan paling mematikan adalah ancaman dari dalam yang boleh datang dengan motif yang random ataupun spesifik.

Untuk filem Malaysia, bagi saya mindblowing juga naratif filem ni lebih2 lagi dengan plot twist yang dihidangkan tu sukar diramal (kita di Sabah bilang nda dpt kita aga) kebetulan filem ni ada ada mention pasal Sabah juga dalam beberapa scene.

Casting? Yes memang mantap dan merupakan antara kekuatan utama filem ni iaitu ensemble castnya. Screen presence Che Puan Sarimah Ibrahim sangat menyerlah dalam filem ni berbanding filem Filem Pewaris Susuk yang tayang beberapa minggu lepas. Terasa wataknya ‘function’ dan hidup Esma Danial yang kerap jadi scene partner Che Puan Sarimah juga ngam dan fit dengan karakter berintensiti tinggi dan serius seperti dalam cerita ni.

Aura Dato Adi Putera, Hisyam Hamid dan Shiqin Kamal sebagai pegawai penguatkuasa dan Roy Azman sebagai pesuruhjaya SPRM begitu memikat saya. Masing-masing terlihat begitu equipted dengan knowledge tentang karakter yang mereka bawakan. Begitu juga Alicia Amin dengan dinamika perwatakan yang cemerlang, Amir Nafis & Khir Rahman dengan karakter masing-masing yang saya sifatkan unik. Amir Nafis yes menyerlah dan best. Mcm kita tengok penjenayah level antarabangsa

Secara keseluruhan KONSPIRASI satu percubaan filem tempatan mengangkat thirller politik dan keselamatan dengan skala lebih matang. Mungkin tidak sehebat Hollywood, India, Korea tapi dari segi story tension, world-building, emsemble perfomance dan elemen suspens filem ni berjaya buat penonton terus ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Stars 4/5

#Konspirasi #FilemMalaysia #KeselamatanNegara #10StarCinemasPawagamAnda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *