Separuh seat Hall 3 di pawagam 10 Star Cinemas Parklane City Benoni semalam occupied juga. Kebanyakannya Gen Z rasanya (kelahiran sekitar 1997-2012). Macam saya ja Gen X ๐. Tapi satu benda ketara, audience muda memang enjoy habis filem ni. Kenapa? Itu nanti kita cerita.
Filem arahan Yeon Sang-ho (juga pengarah Train to Busan, Peninsula) ni bermula dengan satu persidangan bioteknologi yang bertukar jadi mimpi ngeri apabila seorang saintis yang โtersisihโ bertindak sebarkan virus secara sengaja dalam kompleks persidangan tersebut. Tempat tu pula bukan sekadar dewan seminar biasa, tapi lengkap dengan shopping mall, vibe dia sebijik macam Imago kalau di Sabah.
Bila jangkitan mula merebak, suasana terus chaotic. Orang ramai panik, pihak berkuasa pula ambil langkah ekstrem tutup semua pintu keluar dan kuarantin seluruh kawasan utk elak wabak tersebar. Dari situ bermulalah survival thriller penuh tension, betrayal dan panic psychology.
Salah seorang peserta persidangan, Profesor Se-jeong lakonan Jun Ji-hyun cuba mengetuai sekumpulan mangsa terselamat untuk keluar hidup-hidup sambil memahami bagaimana virus tersebut berevolusi dalam tubuh ‘pesakit’ (geram bila mahkluk berbahaya masih dianggap pesakit oleh kerajaan, dlm filem ni)
Apa yang membezakan zombie dalam COLONY ni ialah konsep โevolutionary zombiesโ. Mereka bukan sekadar ganas dan laju tapi juga boleh belajar, beradaptasi dan berkomunikasi sesama sendiri dengan cara unik. Paling disturbing boleh pula menerima arahan daripada pencipta virus itu sendiri.
Creature design zombie pun menarik, berlendir, agresif dan nampak biologically unstable. Memang ada body-horror vibe.
Pacing, filem ni agak laju selepas act pertama. Tension building dia menjadi. Arahan tutup tu buat suasana rasa claustrophobic.
Ensemble cast juga antara kekuatan utama filem ni. Waktu babak survival bermula, penonton automatik mula โmemilih pihakโ:
- siapa paling berguna
- siapa paling annoying
- siapa yang bakal betray group
- siapa yang patut survive
Yang lucu, Gen Z dalam hall semalam spontan bercakap:
โNi ba ni yang patut mati dulu!โ tanda audience involvement filem ni menjadi ๐
Macam kebanyakan filem zombie Korea Selatan, COLONY bukan sekadar pasal makhluk ganas makan manusia. Ada social commentary yang jelas tentang birokrasi, ketamakan korporat, kelas masyarakat, politik malah sempat sentuh isu buli dan pengasingan sosial.
Dalam banyak penulisan budaya popular juga, zombie ni biasanya jadi metafora masyarakat moden, manusia bergerak tanpa arah, hilang empati, ikut arus dan hidup dalam sistem yang menekan. Sebab itu filem zombie yang best biasanya bukan sekadar horror, tapi refleksi sosial yang tajam.
Cuma ada beberapa bahagian exposition di pertengahan cerita terasa sedikit panjang dan ada CGI tertentu belum sampai tahap Train to Busan. Tapi overall masih sangat menghiburkan dan intens.
Bagi saya, ini antara filem zombie paling entertaining tahun 2026 setakat ni.
Rating: 4.5/5
#COLONY #ZombieMovie #SocialCommentary
#EvolutionaryZombies #KoreanCinema #10StarCinemasPawagamAnda


