Best juga, jump scare boleh tahan tapi agak slow dan banyak drama. Bagaimanapun agak โselamat ditontonโ sebab latar masa dan rekaan produksinya berjaya tampilkan suasana klasik yang meyakinkan sekali gus memberikan identiti visual yang tersendiri untuk filem ini.
Dengan penggunaan latar sekitar era 1980-an dalam filem ini bawa penonton menelusuri kehidupan mewah sebuah keluarga kaya yang memiliki warisan harta iaitu kilang memproses tebu. Dijadikan cerita, dalam banglo agam dan milik keluarga tu ada motto yang sudah jadi pegangan turun temurun oleh ketua keluarga untuk selesaikan perkara yang memalukan keluarga iaitu wajib sembunyikan dan tutup rapat suatu hal atau peristiwa yang boleh menjatuhkan maruah keluarga walaupun ianya satu kesalahan moral yang layak diadili.
Peraturan itulah yang terpaksa dilalui oleh salah seorang cucu dalam keluarga ini yang bernama Sara. Kematiannya menimbulkan persoalan dari saudara kembarnya Mira yang selama ini berjauhan dengan keluarga besar tersebut kerana berkonflik dengan keluarganya. Rasa ingin tahu Sara membawa kepada pembongkaran rahsia, dosa silam dan harga yang perlu dibayar apabila maruah keluarga dijadikan keutamaan berbanding nilai kemanusiaan.
Dari aspek teknikal, mise-en-scรจne filem ini Adalah antara kekuatan utamanya. Rekaan set, kostum, pencahayaan dan pemilihan tona warna memberikan pengalaman visual yang sedap dipandang dan bantu membina atmosfera seram yang konsisten namun kekuatan visual itu sedikit terganggu oleh rentak penceritaan yang agak perlahan dan terlalu banyak drama. Beberapa babak terasa terlalu panjang sehingga mengurangkan impak ketegangan yang sepatutnya semakin memuncak.
Dari sudut lakonan, aktres Wulan Guritno menjadi nadi utama filem ini (sekalingus bertindak sebagai salah seorang produser filem ni) Persembahannya paling menyerlah dengan emosi yang terkawal, terarah dan meyakinkan berbanding watak-watak lain yang kelihatan kurang meninggalkan kesan mendalam.
Secara keseluruhannya, Malam 3 Yasinan mempunyai idea cerita yang menarik, visual yang cantik dan mesej moral yang jelas. Jika tempo penceritaannya lebih kemas dan beberapa watak diberikan ruang perkembangan yang lebih baik, impaknya pasti lebih kuat.
Stars 3/5


