๐…๐ข๐ฅ๐ž๐ฆ ๐ƒ๐จ๐ค๐ฎ๐ฆ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ซ๐ข ๐‰๐Ž๐Œ ๐Š๐ˆ๐“๐€ ๐Š๐„ ๐‹๐€๐”๐“ โ€“ ๐ˆ๐“๐” ๐’๐”๐‹๐ˆ-๐’๐”๐‹๐ˆ ๐๐€๐‰๐€๐” ; ‘๐’๐ฒ๐ฎ๐ซ๐ ๐š ๐ƒ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐๐จ๐ญ๐จ๐ฅ’ ๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข ๐๐จ๐ค๐ฎ๐ฆ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ซ๐ข

Entah apa yang mendorong saya pergi menonton dokumentari Jom Kita Ke Laut โ€“ ITU SULI-SULI BAJAU ni. Mungkin sebab tajuknya dekat di hati. Tambahan pula ia berkisah tentang masyarakat Bajau Darat dan Bajau Laut di Pulau Omadal, Semporna.

Kesimpulan pertama sayaโ€ฆ ini macam ‘Syurga Dalam Botol’ versi dokumentari.

Bezanya, kali ini kisah itu disampaikan melalui lensa komuniti itu sendiri. Naratifnya bermula apabila tiga orang remaja yang baru selesai mengikuti bengkel perfileman mahu mendokumentasikan kehidupan masyarakat mereka. Menariknya, dua daripada mereka sendiri tidak mempunyai dokumen, tetapi menjadi tenaga pengajar di ISKUL (sekolah) di pulau tersebut.

Dokumentari ini tidak cuba menghukum. Tidak cuba memaksa penonton memilih pihak. Ia sekadar menggunakan pendekatan observational documentary iaitu merakam kehidupan seadanya dan membiarkan visual, suasana serta suara masyarakat itu sendiri menjadi naratif utama.

Isu yang diangkat pula cukup asasโ€ฆ hak mendapatkan pendidikan dan kesihatan.

Tiada naratif tentang PTI disumbat ke dalam dokumentari ini. Fokusnya jelas kepada komuniti Bajau Laut yang lahir dan membesar di Pulau Omadal. Penonton bebas membuat penilaian sendiri.

Saya juga baru tahu istilah Palauh (Palao) berasal daripada perkataan pelaut, manakala ‘mengarang’ ialah aktiviti mencari hasil laut sebagai sumber rezeki.

Dokumentari ini juga sentuh isu menghidu gam atau isap gam (tidak ditunjuk babak hidu gam) Ia cuba bawa kita memahami realiti yang melatari masalah tersebut.

Dari sudut pembikinan, saya suka penggunaan natural sound, rakaman lokasi sebenar dan visual yang tidak berlebih-lebihan. Kamera lebih banyak menjadi pemerhati daripada penghukum. Pendekatan sebegini membuatkan dokumentari ini terasa jujur dan autentik.

Aktivis pendidikan dan kesihatan memang patut menonton dokumentari ini.

Murid dan pelajar warga, malah pelajar universiti juga wajar menontonnya supaya lebih mensyukuri peluang pendidikan yang mereka nikmati. (Istilah murid warga dan murid bukan warga memang biasa digunakan di institusi pendidikan di Sabah.) Saya sempat tertengok logo KPM pada kulit buku yang digunakan oleh anak-anak Bajau Laut di ISKUL mereka. Satu visual kecil, tetapi cukup memberi makna.

Overall, ini bukan dokumentari yang sarat dengan drama atau propaganda. Sebaliknya ia mengajak kita melihat, mendengar dan berfikir.

Kadang-kadang, rasa syukur itu lahir bukan apabila kita mendengar ceramahโ€ฆ tetapi apabila kita melihat sendiri bagaimana orang lain menjalani kehidupan.

Stars 4/5

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *