๐…๐ข๐ฅ๐ž๐ฆ ๐๐€๐ƒ๐”๐“ ๐†๐„๐๐ƒ๐Ž๐๐† (๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”): ๐Œ๐š๐ง๐ฎ๐ฌ๐ข๐š ๐๐š๐ง ‘๐Š๐จ๐ฌ๐ญ๐ฎ๐ฆ’

Bagi saya, BADUT GENDONG bukan sekadar sebuah filem seram. Ia membawa satu simbolisme yang menarik tentang manusia dan “kostum” yang dipakai dalam kehidupan.

Filem ini mengisahkan pasangan muda, Darso dan isterinya Darsi, yang mencari rezeki sebagai penghibur jalanan. Darso tampil dengan kostum badut seolah-olah sedang digendong, manakala Darsi memakai kostum penari. Walaupun hidup mereka serba sederhana, mereka bahagia dengan pilihan itu.

Namun kebahagiaan tersebut bertukar menjadi mimpi ngeri apabila Darsi terbunuh dalam satu insiden yang menyayat hati. Kerana terlalu mencintai isterinya, Darso membawa pulang jasad Darsi ke kampung tetapi enggan mengebumikannya. Apa yang berlaku selepas ituโ€ฆ lebih baik anda saksikan sendiri.

Apa yang paling menarik perhatian saya ialah mesej tersirat yang dibawa filem ini. Seolah-olah pengarah mau mengatakan bahawa setiap manusia sebenarnya memakai “kostum” masing-masing. Ada yang berkostum sebagai orang baik, orang alim, orang berkuasa, orang kaya atau orang miskin. Kostum itu dibentuk oleh apa yang mereka percaya dan bagaimana mereka mahu dilihat oleh orang lain.

Di sebalik kostum itulah tersembunyi sifat sebenar manusia. Filem ini turut mengangkat tema ketamakan, penganiayaan dan penyalahgunaan kuasa. Tema seperti ini banyak kita temui dalam cerita rakyat Nusantara, setiap kejahatan akhirnya akan menemukan pembalasannya.

Dari sudut teknikal, atmosfera seram dibina dengan baik tanpa terlalu bergantung kepada jump scare. Visual yang suram, rekaan bunyi yang mengganggu dan lakonan yang meyakinkan menjadikan emosi kehilangan, dendam dan penyesalan terasa hidup sepanjang filem.

Filem Badut Gendong membuktikan bahawa kostum paling menakutkan bukanlah kostum badut, tetapi “kostum” yang dipakai manusia untuk menyembunyikan wajah sebenar mereka huhu

Stars 4/5

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *