๐…๐ข๐ฅ๐ž๐ฆ ๐๐Ž๐‹๐Ž๐๐† (๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) ; ๐’๐ž๐ซ๐š๐ฆ ๐๐š๐ง ๐ฌ๐ฎ๐ซ๐š๐ฆ – ๐ฌ๐ž๐›๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฆ โ€˜๐ฉ๐จ๐ฅ๐จ๐ง๐ ๐ง๐ฒ๐šโ€™, ๐š๐ญ๐ฆ๐จ๐ฌ๐Ÿ๐ž๐ซ๐ž๐ง๐ฒ๐š ๐ฌ๐š๐ฃ๐š ๐ฌ๐ฎ๐๐š๐ก ๐ก๐š๐๐ข๐ซ๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ฌ๐ฒ๐œ๐ก๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข๐œ๐š๐ฅ ๐๐ข๐ฌ๐œ๐จ๐ฆ๐Ÿ๐จ๐ซ๐ญ

Awalnya saya rasa ada sedikit gangguan memahami setup dan progression cerita terutama persoalan โ€˜ini cerita tentang siapa?. Ini mungkin disebabkan naratifnya bukan straight forward sepenuhnya. Struktur penceritaannya ada flashback dan dibahagikan kepada beberapa chapter kemudian penonton sendiri fikir untuk faham world-building Polong.

Sebelum tengok filem ni saya buat carian Polong ni apa sebenarnya, pernah dengar tapi tidak pasti hantu jenis macam mana. Ada sumber sy baca, Polong ni lebih kurang ‘handmade’ punya hantu, dibuat dengan cara seseorang (pemilik) ambil darah orang mati dibunuh, masukkan dalam botol, baca jampi tertentu, tanam di tempat kotor dan tunggu sampai ia โ€˜memanggilโ€™ kemudian bolehlah pemiliknya arahkan untuk apa saja tujuan terutama untuk mengenakan orang. Jahat.

Untuk saya, saya boleh katakan Polong ni ini antara filem horror tempatan paling menjadi untuk tahun 2026. Alasan utama, sebelum โ€˜Polongnyaโ€™ atmosferenya sudah menekan dan menyesakkan. POLONG bukan sekadar bergantung pada entiti untuk kasi takut penonton tetapi membina rasa tidak selesa berterusan melalui atmosfera, visual dan rekaan bunyi yang efektif

Aspek paling kuat filem ni ialah sound design. Filem ini faham gunakan bunyi ambience, ruang sunyi dan audio cue untuk cipta psychological tension. Dalam kebanyakan scene, sebelum hantu muncul, penonton sudah rasa tidak selamat dan tertekan. Bila jumpscare datang, impaknya lebih kuat sebab atmosferanya dibina awal. Satu hal lagi filem ni tidak spam jumpscare setiap beberapa minit tetapi filem dengan timing yang ngam untuk โ€œhentamโ€ penonton. Silaka.

Hal lain yang menarik, Production design. Latar era 90-an dibina cukup believable. Daripada komputer lama, permainan video, televisyen, kereta, kostum hinggalah tekstur ruang kediaman dan persekitaran flat kos rendah semuanya nampak hidup. Visualnya buat kita rasa sesak. Mise-en-scรจne sengaja tunjuk ruang hidup yang keras, sempit dan serba daif. Realisme sosial (ketika itu โ€“ 90an)) terasa. Ada vibe โ€œpenyewa rumah dari nerakaโ€ hidup dalam komuniti yang tertekan dan penuh rasa tidak selamat.

Lakonan? Maria Hadi (June Lojong) konsisten bawa aura sinister yang bikin penonton rasa tidak selesa sepanjang masa, tidak kira masa dia senyum atau marah. Ditambah lagi dengan shot close-up. Memang watak yang bawa aura โ€˜petanda burukโ€™. Watak Adi (Namron) dengan understated acting yang minimal, terkawal dan tidak berlebihan dari segi emosi, dialog, gesture dan ekspresi muka sangat tenang dan setenang itu juga lihat dan lakukan perbuatan keji. Mamat (Fad Anuar) arketip lelaki loser yang sanggup buat apa saja. Favorite saya Budi (Amir Nafis) cemerlang as usual menyampaikan pesona samseng Flat era 90-an dengan taktik ‘tabur budi, kutip balik dengan body-body sekali’. Watak Marissa (Nadiya Nisaa) sarat dengan subtext misteri terutama dekat ending cerita. Last sekali, Fatima (Mimi Lana) berjaya pikul watak utama dengan emotional range yang luas (kesian pula dengan watak dia ni) sekaligus mengikat keseluruhan dinamika lakonan barisan pelakon filem ni.

Overall, POLONG berjaya gabungkan elemen supernatural dengan realiti sosial kelas bawahan dengan gaya tersendiri. Seramnya bukan hanya datang daripada entity tetapi daripada dunia suram yang dekat dengan realiti kehidupan sebenar.

Stars 5/5

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *