๐…๐ข๐ฅ๐ž๐ฆ ๐“๐‡๐„ ๐ƒ๐Ž๐† ๐’๐“๐€๐‘๐’ ; ๐๐š๐ ๐š๐ข๐ฆ๐š๐ง๐š ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ญ๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐ก๐ข๐๐ฎ๐ฉ ๐•๐’ ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐š๐ฉ๐š ๐ก๐ข๐๐ฎ๐ฉ.

Filem ni bukan untuk semua orang sebab pacenya terlalu perlahan tapi saya still dapat menikmatinya. Mungkin pengarah Ridley Scott mahu penonton menyerap dan memahami situasi sebelum watak-wataknya bergerak. Dengan wide shot yang mendominasi frame jelas filem ni cuba memotret kesunyian yang kadangkala mendamaikan juga rasanya.

Sekali lagi filem ni hanya utk orang yg rajin berimaginasi ‘bagaimana kalau bandar atau dunia yang kita diami berubah dari kehidupan normal ke kehidupan bertahan untuk hidup’. Sebuah pos apokalips movie yang disebabkan penyakit yang bakal berlaku pada masa hadapan (2035). Ketika itu nampak upaya manusia untuk mempertahankan eksistansial. Filem begini banyak sudah tapi ini lain sikit. Lebih tentang bagaimana manusia buat pilihan untuk terus hidup dengan kita-kita yang menonton pun turut berfikir. Bergerak cari petempatan lain atau kekal.

Lebih penting juga filem ni memukul kita dengan banyak persoalan hidup, terutama tentang persoalan bagaimana kalau tiba-tiba semuanya berubah? Tidak macam dulu lagi ketika kita ada rutin dan kekuarga yang kita lindungi. Paling paling jelas dan mendasar persoalan yang cuba diutarakan ialah bukan bagaimana terus dapat hidup tapi untuk apa hidup. Berat persoalannya barangkali sesuai usia pengarahnya

Characterization? Watak utama Hig, seorang mekanik dan juruterbang muda penerbangan awam yang kehilangan isterinya kerana penyakit yang melanda percaya ada lokasi ditempat lain yang masih jalani kehidupan normal kerana berjaya intercept siaran radio dari lokasi tersebut ketika menerbangkan pesawat ringannya mencari bekalan. Hig nekad mencarinya.

Watak Bangley rakan sepetempatan Hig di kawasan terisolasi pula memilih untuk percaya apa yang dapat dijalani dan dilihat berbanding berharap kepada suatu yang tidak pasti kewujudannya. Bangley melarang hasrat Hig tapi Hig tetap nekad. Sebelumnya mereka banyak bekerjasama mempertahankan kawasan mereka dari penjarah bekalan makanan yang imun terhadap penyakit. Pemergian Hig membuatkan Bangley terpaksa bertahan sendirian.

Dari watak Hig, penulis / pengarah mencadangkan bahawa kenangan sama mahal harganya dengan harapan masa depan. Hig kerap melawat bekas rumahnya dan pusara isteri sambil cuba menjejaki ‘Grand Junction’ dengan pelbagai cabaran. Akhirnya dijumpai dan dibenarkan mendarat di lapangan terbangnya tapi ada cerita lain berlaku pula. Paling sentimental ialah ‘watak Jasper’ seekor anjing peliharaan Hig yang sentiasa mengikutnya ke mana-mana. Rupanya binatang merupakan teman yang ada bila kita kesunyian.

Overall, filem The Dog Stars mungkin tidak kasi pengalaman post-apocalypse yang paling agresif dan penuh aksi. Malah, pendekatannya yang perlahan dan contemplative mungkin membuat penonton tertanya-tanya, โ€œBila bah masalahnya mula ni?โ€Tapi kalau kita masuk ke dalam filem ini dengan minda yang betul, kita akan sedar bahawa The Dog Stars bukan benar-benar tentang dunia selepas bencana.

Stars 3.5/5

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *