๐…๐ข๐ฅ๐ž๐ฆ ๐‚๐‡๐„๐‹๐Ž๐“ (๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”): ๐‚๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ข๐ค๐š๐ญ, ๐ฅ๐š๐ค๐จ๐ง๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ข๐ค๐š๐ญ, ๐Ÿ๐ข๐ฅ๐ž๐ฆ ๐ข๐ง๐ข ๐›๐ข๐ฃ๐š๐ค ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐š๐ญ ๐ž๐ฆ๐จ๐ฌ๐ข ๐ฉ๐ž๐ง๐จ๐ง๐ญ๐จ๐ง ๐ญ๐ž๐ซ๐ฃ๐ž๐ซ๐š๐ญ.

Bagi saya, CHELOT ialah satu lagi filem aksi dan kepolisian Malaysia yang terbaik tahun ini. Tidak keterlaluan kalau saya katakan kualiti cerita, pengarahan dan garapannya sudah mampu berdiri sebaris dengan filem genre serupa dari Hong Kong, Thailand dan Korea Selatan. Selain aksi yang mantap, filem ini turut menyuntik elemen emosi yang kuat, menjadikan kita bukan sekadar menonton apa yang berlaku di skrin, tetapi turut merasai tekanan, konflik dan pilihan yang dihadapi oleh watak-wataknya.

Saya selalu percaya, filem yang masih bermain di fikiran selepas kita keluar dari pawagam ialah sebuah filem yang baik dan berbaloi ditonton. CHELOT bagi saya mencapai perkara itu. Ia bukan sekadar sebuah cerita aksi kepolisian yang membina ketegangan melalui konflik antara karakter, tetapi turut memberikan perhatian kepada character motivation, objective dan decision-making. Kita bukan hanya melihat apa yang dilakukan oleh seseorang watak, tetapi perlahan-lahan memahami kenapa dia melakukannya. Babak aksi pula memang menjadi. Kejar-mengejar, tembak-menembak dan open combat yang ditampilkan terasa mempunyai fungsi dalam naratif. Bukan aksi yang dimasukkan semata-mata untuk kasi tau ‘Filem kami ada bajet besar tau’ ๐Ÿ˜.

CHELOT juga berjaya pastikan setiap action set-piece di dalamnya terasa seperti sebahagian daripada storytelling, membantu menaikkan stakes, mengubah momentum dan membawa karakter serta cerita ke tahap konflik yang seterusnya. Dari segi pengarahan, saya suka bagaimana filem ini mengawal pacing. Ketegangan dibina sedikit demi sedikit melalui setup, escalation dan payoff. Tidak semua disuap, ada ruang untuk kita membuat andaian,baca-baca situasi dan meneka apa yang bakal berlaku. Teknik ni buatkan curiosity penonton terus hidup sambil menonton

Lakonan? Shaheizy Sam sebagai Dato’ Bakri bagi saya adalah antara highlight terbesar. Watak villainnya terasa seperti villain gaya baharu. Ada restraint, subtext dan psychological presence dalam cara watak itu dibawakan. Beto Kusyairy, Shukri Yahaya, Azhan Rani dan Alicia Amin juga memang menjadi. Mereka bukan sekadar menyampaikan dialog, tetapi menggunakan active listening, reaction, physicality dan emotional beats untuk menghidupkan karakter.

Paling bergaya bagi saya ialah kemunculan sekejap Amir Nafis dan Sharnaaz Ahmad. Fuhhh! Santai, tidak perlu berlebihan, tetapi terus melekat dalam fikiran. Itulah yang saya maksudkan dengan screen presence. Tidak semestinya seseorang pelakon perlu mempunyai masa yang panjang di skrin untuk meninggalkan impression. Kadang-kadang kemunculan yang pendek tetapi tepat boleh menjadi antara momen yang paling diingati penonton.

Saya tidak perlulah berkongsi sinopsis kerana bagi saya, anda kena tengok sendiri. Sebahagian keseronokan CHELOT terletak pada bagaimana konflik itu dibina dan bagaimana maklumat diberikan kepada penonton. Danโ€ฆ satu lagi, ada persoalan yang terus bermain dalam fikiran saya selepas menonton filem in melalui perbualan watak Haqqim (Shukri Yahya & Azraf (Beto Khusairy), adakah sesuatu yang kita anggap berharga itu benar-benar bernilai, atau sebenarnya nilai itu hanya wujud kerana kita sendiri yang memberikannya? Di situlah saya melihat falsafah tersirat filem ini. Tanpa berbelit-belit, CHELOT bagi saya simply 5/5 stars.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *