Untuk tulisan Part 2 tentang GIRING, saya perlu hati-hati sudah supaya tidak terlebih kasi dedah jalan cerita (spoiler). Bagi saya,agak entertaining penggunaan strategi information withholding (teknik penceritaan yang sengaja menahan atau mengehadkan maklumat kepada penonton). Misteri tidak didedahkan sekaligus, sebaliknya dibuka sedikit demi sedikit bagi membina rasa ingin tahu. Ini ada dalam Giring.
Strategi ni wujudkan narrative suspense yang buat penonton terus tertanya-tanya. Kadang-kadang geram pun ada. Dalam hati mula bertanya, โApa baini? On-on saja, terus ada yang kena tikam!โNamun, di situlah letaknya permainan emosi filem ni. Penonton seolah-olah dipaku oleh persoalan tentang siapa entiti misteri tersebut dan sebab di sebalik kemarahannya.
Satu elemen audio yang juga tarik perhatian saya ialah penggunaan sonic motif, iaitu bunyi atau corak bunyi tertentu yang diulang dan dikaitkan dengan watak, situasi atau makna tertentu dalam sesebuah filem. Dalam GIRING, ada bunyi loceng yang halus, seakan-akan antara kedengaran dan tidak, berfungsi sebagai petanda ancaman. Apabila bunyi itu muncul, penonton mula menjangkakan sesuatu yang buruk bakal berlaku.
Menariknya, filem ini juga tidak memberi ruang selamat kepada karakter / watak yang kita sangka akan bertahan hingga ke hujung cerita. Ada kemungkinan jangkaan kita sendiri diperdaya oleh naratifnya. Tiba-tiba eh mati pula, apa lagi ni seterusnya… Begitu persoalan bermain di hati. Pendek kata semua watak kemungkinan bakal mati…
Apa bah cerita Giring? Plot utamanya berpusat pada watak Golimas, di subplot pun Golimas juga. Di layer awal cerita pun Golimas ada juga. Golimas lakonan Rodih Madun, seorang lelaki yang punyai cita-cita besar pada zamannya. Demi utk dapatkan kedudukan dan pengaruh, dia sanggup buat apa sahaja, termasuk bermuka-muka dengan penduduk kampung. Malah, nama beberapa pemimpin besar Sabah dan Malaysia pada era awal pembentukan Malaysia turut Golimas petik kukuhkan pengaruhnya di Bandau.
Dari sudut character motivation, Golimas bukan sekadar watak yang mahu berjaya. Golimas dalam dirinya ada dna rakus dan menghalalkan apa juga cara untuk lunaskan dendam dan capai cita-cita. Golimas lupa, orang lain juga ada dendam. Di sinilah kita lihat sisi gelap seorang karakter yang semakin tenggelam dalam kepentingan dirinya sendiri. Keinginannya untuk capai matlamat bukan sahaja dorong semua tindakannya, malah membuka ruang kepada perlakuan yang lebih brutal dan kejam.
Bagi saya Rodih Madun bukan sekadar membawa Golimas ke dalam cerita; dia membantu jadikan Golimas antara karakter yang meninggalkan kesan kepada penonton. Rodih berjaya membawa personaliti Golimas sebagai seorang yang tahu apa yang dia mahu dan bagaimana mahu mendapatkan apa yang dihajatinya. Ada sisi bermuka-muka, ada keinginan untuk berpengaruh, dan ada sisi kejam yang membuatkan kita semakin tidak selesa dengan karakter ini.Menjelang penghujung cerita, penonton disajikan dengan sisi Golimas yang begitu menjijikkan dan kejam. Bagi saya, inilah antara perkara yang mengundang persoalan: kadangkala, manusia sendiri boleh jadi lebih mengerikan daripada entiti yang ditakutinya.
#Giring

