Boleh dikatakan Filem Giring mengangkat genre hibrid, iaitu historical supernatural horror-thriller. Biasa juga terlihat dalam filem seram negara asean lain terutama Thailand yang selalu bereksperimen dengan unsur mistik, kepercayaan tradisional dan latar sejarah dalam pembinaan naratif seramnya.
Sepanjang pengalaman saya tonton filem seram, ada filem yang memang dibuat supaya penonton βkabak-kabakβ (bahasa Sabah bagi maksud jantung berdebar kencang) dan ada juga pula filem yang mahu penontonnya berteka-teki sampai dapat jawapan dari mana dan siapa entiti menakutkan yang wujud dalam sesebuah cerita. Kalau dia mengamuk, kenapa dia βmengamuk’?, apa kaitan dengan watak-watak lain? dalam cerita dan sebagainya. GIRING (2026) guna sepenuhnya teknik bercerita itu dengan sangat berkesan.
Hal terpenting yang saya lihat untuk dikongsi dalam review Part 1 ni ialah tentang naratif Giring yang berjaya wujudkan rasa seram, geram dan rasa ingin tahu penonton dan kemudian heret pula rasa tersebut hingga ke hampir penghujung tayangan. Menariknya lagi, Giring disajikan bersama beberapa fakta sejarah Sabah dan Malaysia bukan sekadar latar dekorasi tapi jadi sebahagian daripada world-building yang membentuk konflik watak-wataknya terutama watak Golimas & Pagong. Lagi tambah menarik, di sebalik kekecohan kemunculan entiti misteri, ketegangan sejarah & konflik politik tu, Giring bijak cuit hati penonton melalui watak Melati (Bell Ngasri) lelaki penjual bedak untuk penonton tarik nafas. Setiap kali Melati muncul kita akan tersengih.
Secara peribadi, ada kepuasan peribadi menonton Giring pada malam gala filem tersebut jadi saya kasi 5/5 bintang , ada yang tanya, ok betul kaitu? Jawapan saya, filem 5/5 bintang bukan bermaksud filem ni tiada kelemahan langsung, ada ba, contohnya dari sudut visual dan beberapa aspek teknikal yang masih boleh diberikan perhatian. Walaupun hal itu tidak menjejaskan keseluruhan naratif tapi penonton yang peka dan selalu menonton macam saya tahu, kemasan visual yang lebih teliti pasti dapat tingkatkan mutu persembahan di layar sekaligus menjadikan pengalaman menonton jadi lebih seronok.
29 Okt 2026 Tayangan filem ni akan bermula, jemput menonton. Sokong karya orang kita kita!
#Giring

