Genius! Itu reaksi spontan dalam fikiran saya selepas selesai tengok Filem Ghost In The Cell (GITC). Baik dari ceritanya mahupun garapannya. Seawal minit pertama konteks dan konflik dipapar lewat prolog dengan babak malam yang malang di sebuah pejabat surat khabar melibatkan karakter bernama Dimas tapi ditutup dengan klimaks kecil yang mencengangkan.
Keterampilan GITC sebagai sebuah cerita memang bukan biasa-biasa.Di awal cerita saja, scene dalam penjara cukup buat penonton resah, empati dan geram. Fikiran kita dibawa ke mana-mana saat menonton. Dengan gelagat ketua pegawai penjara yang sudah ‘tercabut’ kemanusiaannya, ada apa dalam cell ini? Ketua warden penjara yang lebih horor dari hantu. wujudkah cell semacam ini? Karakter Dimas yang tadinya muncul dalam prolog filem mana? Dan semuanya kemudian perlahan-lahan terjawab.
Premis filem ni ringkas, kisah tentang entiti horor yang berkeliaran dalam cell. Tanda tanya penting, bagaimana entiti tu boleh ke situ? siapa yang โmembawanyaโ menyusup masuk? Hingga diakhir filem masih terbuka kepada banyak tafsiran dan kemungkinan. Yang paling pasti entiti itu tidak bermain dalam aturan klise, bukan bekas penghuni yang membalas dendam, bukan penunggu tempat dan bukan juga roh yang terikat pada ruang.Untuk kepastian tengok sendirilah. Yang stylonya, entiti tersebut buat setiap mangsanya mati โbrutal berseni’ gila! Babak kematian memang brutal tahap dewa tapi diimbangi oleh comedic undertone yang terselit secara organik. Paling pelik sesetengah kematian buat penonton rasa lega. Aah dia sudah mati ngamlah!
Lebih menarik dari filem ini ialah kritik sosial dan politik yang kalau istilah di negara jiran, dialog filemnya ‘kayaknya daging semua’. Insight penting, horror sebenar adalah sistem dan kekuasaan yang membenarkan ketirisan berlaku dan dosa tidak lagi dipandang sedangkan dosa itu seperti ‘ajal’, tetap mengejar anda di manapun anda bersembunyi selagi tidak bertaubat
Stars 5/5
#GhostInTheCell #Horror #10StarCinemas #IndonesiaCinema


