Macam filem โabang-adikโ versi komedi pun ada filem ni. Ia nampak ringan tapi ada struktur naratif yang lebih cerdik daripada yang dijangka.
Haha kalau kamurang tengok filem ni, konfem pecah tengok watak-watak terutama Pokyie (Sabri Yunus), Amir Daniel (Zahiril Azim) pengutip hutang (Kodi Rasheed & Syazwan Zulkifli), Boy Ad (Sara Ali), MUA (Azhan Rani) dan Bangla (Fikry Ibrahim). Persembahan mereka bukan sekadar โcomic reliefโ tapi ensemble comedic engine yang memacu ritma penceritaan. Timing mereka tepat, beat-to-beat progression hidup dan reaction shot digunakan dengan efektif untuk memaksimumkan punchline.
Satu hal, opening imej filem ini yang ala opening filem Mat Kilau memang seolah-olah tiada kaitan langsung dengan naratif utama tapi di situlah kekuatan misdirection, satu teknik pengarahan yang sengaja kelirukan jangkaan audiens sebelum payoff komedi mula berfungsi. Dari situ, tonal shift berlaku secara berperingkat daripada sekadar situational comedy kepada comedy-drama hybrid yang lebih berlapis. Minit ke minit, dramatic stakes meningkat tanpa mengorbankan ritma komedi.
Filem arahan Bobby Husaini jelas membawa DNA pengarah iklan, visualnya punchy, blocking pelakon kemas dan penggunaan visual gag tidak berlebihan tapi kena pada tempat. Dari segi mise-en-scene, kampung bukan sekadar latar, tapi jadi โkarakterโ yang menyumbang kepada konflik dan humor.
Barisan pelakon utama seperti Amerul Affendi (Man Filem), Beto Kusyairy (Along Alid), Nabila Huda (Timah Lebor), Ozlynn Waty (Yong Leha) menguatkan lapisan performance texture. Setiap watak ada objective yang jelas menjadikan interaksi mereka terasa organik.
Premis cerita ni mudah kisah sekumpulan krew penggambaran turun ke kampung di Perak, dunia filem dan dunia realiti kampung bertembung. Di sinilah lahir pelbagai konflik yang disusun melalui episodic structure, namun masih terikat dalam through-line emosi yang konsisten. Banyak flashback siap pelakon sebut ‘begitulah flashbacknya’ lagi haha.
Paling ketara filem ini tidak sekadar bergantung pada lawak semata. Ia menyulam tema hubungan abang-adik dengan pendekatan emotional undercurrent yang subtle. Isu hutang dan judi pula diselitkan sebagai social commentary.
Overall, LIBANG LIBU berjaya seimbangjan comic timing, narrative rhythm dan emotional resonance. Bukan sekadar kelakar tapi komedi yang tahu ke mana arah dramatiknya. Best!
Stars 5/5
#10StarCinemas #FilemMalaysia #KomediDrama


