Kalau kamurang biasa tengok orang live (siaran langsung) paranormal di sosial media, aa itulah gambaran tentang cara cara garapan filem ni.
Walaupun filem ni remake dari filem Korea Selatan berjudul Gonjiam ; Haunted Asylum, nampaknya pengarah Anggy Umbara ada menyuntik plot twist di pengakhiran cerita yang buat kita tercengang. Yang menarik juga dalam fikiran saya ialah kalau dalam filem asal (Gonjiam ; Haunted Asylum) youtuber terbabit target 1 juta tontonan, dalam filem ni target youtubernya sasar 3 juta tontonan. Ini menarik kerana secara lojik penduduk Indonesia bilangannya 4 atau 5 kali ganda lebih ramai dari penduduk Korea Selatan. Bermakna begitu teliti pembikinan filem ni.
Premis filem ringkas, dua kumpulan youtuber ( Para Pencari Hantu dan Soul Sisters ) dari Indonesia bergabung melakukan perjalanan ke korea untuk membuat live di salah sebuah hospital mental yang terbiar di sana. Lepas bersiar-siar sekejap bermulalah perjalanan dan persiapan mereka untuk โmenaklukโ hospital terbiar tersebut.
Hal paling menarik sepanjang tontonan, sebagai filem berkonsepkan visual found footage, kamera jadi โwatak utamaโ. Setiap gegaran, larian panik, nafas yang tercungap-cungap jadi begitu realistic dan memberikan ilusi seolah penonton juga sedang berada di lokasi. Semasa menonton kadang-kidang kita lupa itu semuanya sebuah โpersembahanโ lakon dan teknikal sebuah filem seram.
Masa menonton terfikir juga bahawa ketakutan bukan datang daripada hantu semata-mata, tetapi daripada rasa ingin tahu manusia yang tidak kenal batas hingga sanggup lakukan apa saja. Untuk capai populariti siaran langsung dan pendapatan pay per-viewnya, sebahagian anggota Kumpulan Para Pencari Hantu melebih-lebihkan ekspresi dan reaksi di kawasan tempat tinggal entity ghaib hingga terpaksa menerima akibatnya. Mula-mula buat-buat takut untuk buat penonton ingin terus menonton live sehingga akhirnya benar-benar didatangi oleh ketakutan sebenar yang fatal
Dari sudut pengarahan, Anggy Umbara berjaya membina slow burn tension. Babak awal biasa saja untuk beri ruang kepada penonton kenali anggota kumpulan YouTuber tersebut sebelum mereka dibawa masuk ke kawasan hospital. Apabila memasuki bangunan, ruang kosong, koridor panjang dan bilik-bilik usang seterusnya jadi senjata psikologi untuk โpsikoโ penonton hingga ke babak yang lebih intens dan mendebarkan. Aset horror terbesar filem ini ialah mise en scenenya. Warna kelabu kusam, pencahayaan minimum, tekstur dinding yang reput dan ruang yang sempit mencipta rasa sesak seolah-olah bangunan itu sendiri sedang โmemerhati dengan marahโ kehadiran kumpulan youtuber tersebut
Lakonan? Ya para pelakon berjaya kekalkan gaya lakonan natural iaitu sesuatu yang sangat penting dalam filem genre found footage. Tiada persembahan yang kelihatan terlalu dramatik sehingga mematahkan ilusi realiti. Penonton mudah mempercayai bahawa mereka benar-benar sedang menyaksikan rakaman sebenar.
Kepada yang pernah menonton Gonjiam, beberapa perkembangan cerita akan terasa agak boleh dijangka kerana struktur asal masih dikekalkan. Walaupun terdapat beberapa penambahan elemen Indonesia, filem ini masih sukar melepaskan bayang-bayang karya asalnya.
Secara keseluruhan filem 402 Rumah Sakit Angker Korea membuktikan bahawa remake tidak semestinya kehilangan identiti. Ia menghormati karya asal sambil memperkenalkan sentuhan budaya Indonesia yang memberi rasa berbeza. Bukan semua jump scare berjaya namun atmosfera seramnya konsisten sehingga ke penamat.
Stars 5/5
#10StarCinemas


