Terserah pendapat masing-masing terutama yang menonton Giring pada malam gala 24 Okt lalu dan yang akan mula menonton esok(29 Okt) dan seterusnya nanti. Untuk saya, saya tidak nampak hal tu. Betul dalam filem ni wujud pemimpin Suluk yang diketuai oleh Panglima Utoh lakonan berwibawa Awang Karim Kadir yang memangpun begitu fasih bahasa Suluknya. Hal ni, kalau kita tengok dari sudut yang sempit maka kesimpulan kita pun sempit lagi pula ini karya kreatif yang selitkan fakta sejarah dan ndadala ba timbul mengangkat perjuangan etnik tertentu (sekali lagi, ini bagi saya secara peribadi). Kalau ada yg kekal dengan dakwaam tu biarlah penerbit Kolibambang Tosonong atau penerbit eksekutifnya Lucilla Anggun jawab.
Tontonan sy, subplot dalam filem ni memang ambik ruang untuk establishkan kumpulan-kumpulan kecil daripada etnik Suluk, Rungus, Dusun dan Bajau yang berjuang menentang Jepun sebenarnya n its beautifully inserted. Kenapa beautiful? sebabnya kehadiran kelompok berbilang etnik dalam ni cuba buka ruang kepada pembacaan tentang pengalaman masyarakat tempatan ketika berhadapan dengan kuasa penjajah dan pendudukan tentera asing. Dalam konteks Sabah, kepelbagaian masyarakat bukan sekadar fakta demografi, ia juga sebahagian daripada sejarah sosial wilayah ini.
Sebagai mengamat dan tukang apresiasi filem khasnya filem-filem Sabah, saya lebih melihat historical subtext yang cuba digarap oleh melalui filem ni oleh Marlin Brando dengan meletakkan persoalan kuasa, kesetiaan dan perjuangan dalam ruang sejarah yang lebih luas. Di kacamata dan pengamatan beliau jelas cenderung utk gambarkan hubungan etnik Suluk dengan etnik lain di Sabah khususnya kawasan Bandau ketika itu sangat harmoni (bukan seperti kumpulan tertentu sekarang yang terlihat seolah saling mencurigai). Dalam satu babak mesyuarat tentang bagaimana hendak menewaskan Jepun misalnya, semua etnik bercakap dengan bahasa ibunda masing-masing tapi saling memahami. Ini juga persoalan menarik bahawa dalam keadaan menghadapi ancaman luar, semua etnik penduduk asal tidak ada pilihan selain untuk bersatu menentangnya.
Apa pun ini cuma pendapat peribadi saya. Kalau mau berpolemik pasal kaum ni bukan bidang saya. Sekadar angkat isu sebegini untuk raih tontonan juga ya barangkali ada kesan tapi saya lebih percaya kepada nilai universal yang kita dapat kutip dari filem berbanding sekadar sensasi murahan.
Filem kita citra kita
#Giring


