Salah satu kekuatan filem GIRING adalah pada gabungan tiga generasi pelakon, iaitu pelakon muda, pertengahan dan pelakon senior yang terlihat masing-masing menyumbang warna tersendiri dalam menggerakkan naratif Giring tanpa mengira peranan mereka besar atau kecil. Kesinambungan antara tiga kelompok memperkayakan ensemble cast dan membantu bina dunia cerita Giring yang lebih dinamik berlapis dan meyakinkan.
Pelakon muda seperti Duncan Tubong (Joseph), Angely ( Kanak-Kanak – Randawi Kecil), Angie Yelia John (Dusina) jelas membawa tenaga, spontaniti dan kesegaran dalam penceritaan. Mereka terlihat hadir dengan dinamika kepada interaksi antara watak khususnya bagi membina reaksi emosi dan perkembangan konflik. Dari sudut character developmentpun, kelompok yang muda-muda ni perlihatkan perubahan watak yang ketara sepanjang perjalanan cerita.
Pelakon pertengahan dan berpengalaman seperti Adeline Tsen , Tati Eliana Tonny dengan kekuatan akting masing-masing berperanan sebagai pengimbang antara tenaga pelakon muda dengan kematangan lakonan pelakon2 senior. Demikian juga pelakon lain yang saya letak dalam kategori pertengahan Roger Jeno Sibin (Taukeh), Ahmad Taja (Akau) Mohd Saiful Bin Maun (Maun), Zulkarnain Jaidi (Sumpit), Jp Zul, Claryssa Henry Ogodong (Rita) dan ahli-ahli kumpulan Gerila Kinabalu seperti Jojo Malik, Plantaking Hanis Fadhil, Larry Noh D’Kanju & Soleh, semua berfungsi sesuai pengalaman serta kawalan lakonan mereka untuk kukuhkan dramatic tension, memperhalus hubungan antara watak dan memastikan peralihan emosi dalam sesuatu babak jelasa dan lancar. Kelompok ini juga turut mainkan peranan penting mengekalkan momentum naratif supaya konflik terasa berkembang secara organik.
Pelakon-pelakon senior terlibat pula semestinya membawa kelebihan dari segi kematangan interpretasi, kawalan emosi dan penguasaan bahasa tubuh. Rodih Madun (Golimas) Awang Karim Kadir(Imam Utoh) Marlin Brando (Mangi) Ray Redzuan Awang (Pagong) Lucilla Anggun (Bobolian) Clarice John Matha ( Dingkim – isteri Golimas ) Sumarli Dan Gaman (Joko) RushMan CashMan (Acho) Rgs Production Ronney G. Sigoh (Sondig) Amin Wali (Golawis) Meen Liashine (Gimpu) Johnny Damianus (ahli Gerila Kinabalu), Jo Johari & Athilla Hun. Demikian juga penampilan Tianlong ไฝ็้พ (Sarjan Kagawa), Chester Pang (Albert) Nandra Yanatirow (Dukun), masing-masing menumpahkan kredibiliti dan pengalaman masing-masing dalam Giring dengan cemerlang.
Pengalaman mereka berikan kedalaman (depth) kepada watak, sekali gus tingkatkan kredibiliti konflik yang dipaparkan. Melalui ekspresi, jeda, intonasi dan subtext, mereka mampu sampaikan makna tersirat tanpa perlu bergantung pada dialog semata. Syabas semua. Maaf kepada yang tidak sempat saya senaraikan namanya.
Akhir sekali, tidak dinafikan keberadaan #BellNgasri beri impak tersendiri dalam filem ni tapi keberkesanan sesebuah filem tidak hanya bergantung pada kehebatan pelakon utama bintang undangan yang beraksi tetapi juga pada bagaimana setiap pelakon, tanpa mengira generasi, menyumbang kepada pembinaan konflik, perkembangan watak dan kesinambungan emosi.
Pendek kata, ada 3 generasi pelakon di sini tapi hanya ada satu naratif bersama yang mereka deliver dengan baik melalui sinergi antara tenaga, pengalaman dan kematangan lakonan. Giring tampilkan sebuah ensemble performance yang menyokong keseluruhan struktur penceritaan. Filem Giring mula tayang hari ni, semoga mereka kelak dapat sokongan penonton.
#Giring


