๐ˆ๐๐’๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Ž๐”๐’: ๐Ž๐”๐“ ๐Ž๐… ๐“๐‡๐„ ๐…๐”๐‘๐“๐‡๐„๐‘ (๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) ; ๐Œ๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐ฌ๐ž๐ซ๐š๐ฆ ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐ฌ๐ž๐ค๐š๐๐š๐ซ ๐ฎ๐ฅ๐š๐ง๐  ๐Ÿ๐จ๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š?

Kalau sudah sampai filem yg keenam klu nda silap, satu soalan yang selalu muncul ialah, masih bikin takut takut ka lagi filem ni?

Yes bagi saya, Insidious: Out of the Further masih ada aura seramnya, terutama bila cerita mula bermain dengan ruang The Further (dalam subtitle pawagam tu ditulis โ€˜di kejauhanโ€™) dan juga kemampuan Gemma yang bukan saja mampu masuk ke dunia itu (the further) tetapi membawa sesuatu dari sana kembali ke dunia nyata. Konsep ini sebenarnya menarik dan memberikan sedikit nafas baharu kepada francais ini.

1st, saya suka cara filem ini membina beberapa babak seram. Ada beberapa set piece yang memang menjadi terutama apabila filem bermain dengan ruang sempit, bunyi dan kemunculan makhluk secara tiba-tiba. Sound designnya juga kuat. Namunnnn masalahnya, selepas enam filem, formula Insidious sudah semakin mudah dibaca. Kita sudah boleh agak bila jumpscare akan datang dan beberapa elemen ceritanya terasa mcm mengulang apa yang pernah kita tengok sebelum ini. Malah ada pengkritik yang saya terbaca anggap jalan cerita filem ni terlalu predictable dan mitologi The Further agak semakin berserabut.

Tapi saya tetap suka satu perkara, filem ini tidak terlalu bergantung kepada keluarga Lambert. Kita dapat keluarga baharu, masalah baharu dan cara baharu untuk berhubung dengan The Further. Kehadiran Elise pula menjadi jambatan yang cukup baik kepada filem-filem terdahulu.
Bagi saya, Insidious: Out of the Further bukanlah Insidious yang terbaik, jauh sekali untuk mengatasi filem pertama tetapi ia masih cukup menghiburkan untuk peminat horror yang suka tengok filem horor dalam pawagam, Jumpscare ada. Atmosfera ada dan terasa. Sampai kita kecikkan mata tidak mau tengok wajah menyeramkan yang muncul tiba-tiba ๐Ÿ˜ Overall The Further masih menyeramkan. Cuma faktor โ€œWOWโ€ seperti filem pertama agak semakin hilang tapi lebih penting tengok sendiri kebetulan ada cuti panjang sikitkan

Stars 3.5/5

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *