๐…๐ข๐ฅ๐ž๐ฆ ๐“๐‡๐„ ๐…๐”๐‘๐ˆ๐Ž๐”๐’ (๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) ; ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ซ๐ฎ๐ก๐š๐ง ๐Œ๐š๐ซ๐ฎ๐š๐ก โ€“ ๐Œ๐š๐ซ๐ฎ๐š๐ก ๐๐ข๐ข๐ง๐ฃ๐š๐ค, ๐š๐ฆ๐š๐ซ๐š๐ก ๐›๐ž๐ซ๐ญ๐ข๐ง๐๐š๐ค ๐ญ๐š๐ฉ๐ข ๐ข๐ญ๐ฎ ๐›๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐š๐ญ๐ฎ-๐ฌ๐š๐ญ๐ฎ๐ง๐ฒ๐š ๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐ฉ๐š๐ง.

Siapa juga yang tidak bangkit menentang apabila maruah diijak-injak. Lebih menyakitkan apabila yang dihina itu bukan diri sendiri, tetapi arwah bapa yang sudah lama pergi. Itulah yang mencetuskan kemarahan dua beradik yang lama terpisah, Firdaus (lakonan Zul Ariffin) dan Hakim (lakonan Sky Iskandar), anak kepada seorang bekas petinju terkenal yang telah meninggal dunia.

Puncanya datang daripada Danial (lakonan Ikmal Amry), seorang petinju yang juga content creator yang sanggup mengeksploitasi legasi orang lain demi perhatian dan tontonan. Tindakannya bukan sahaja mengundang kemarahan Firdaus dan Hakim, malah menjadi pencetus kepada pertemuan semula mereka selepas sekian lama terpisah. Lebih ‘bikin panas’, momen pertemuan pertama Hakim dengan ibunya turut menjadi bahan content Danial, seolah-olah tiada lagi batas antara maruah manusia dan hiburan media sosial.

Apa yang paling saya suka ialah bagaimana filem ini membina hubungan Firdaus dan Hakim. Pertemuan mereka tidak terus menjadi baik-baik sahaja. Ada luka lama, ada rasa kecewa dan ada takdir hidup masing-masing yang perlu dijelaskan. Momen-momen ini terasa cukup emosional kerana lakonannya believable dan berjaya membuatkan penonton memahami mengapa Hakim begitu sukar untuk kembali menerima keluarganya.

Filem ini juga bijak mengikat perhatian penonton sejak awal melalui paparan kegemilangan arwah bapa mereka. Setup tersebut penting kerana ia menjadikan tema legasi sebagai tunjang utama cerita. Gym The Furious yang kini diuruskan oleh Firdaus pula menjadi simbol kepada usaha mempertahankan nama dan warisan keluarga yang dibina sejak dahulu. Persoalan tentang keberadaan Hakim dan sebab mereka terpisah pula dibina sedikit demi sedikit sehingga memberi emotional payoff yang memuaskan.

Barisan pelakonnya juga berfungsi dengan baik. Zamarul Hisham sebagai Coach Emmet memberi kehadiran yang berkesan sebagai sahabat setia kepada arwah bapa mereka. Marisa Yasmin pula cemerlang sebagai Mastura, watak yang menjadi pusat graviti emosi filem ini. Danial lakonan Ikmal Amry pula berjaya menampilkan aura antagonis yang cukup membuatkan penonton geram setiap kali muncul di skrin.

Walaupun berlatarbelakangkan dunia tinju, The Furious sebenarnya bukan sekadar filem tentang pertarungan di atas gelanggang. Ini adalah cerita tentang keluarga, legasi, maruah dan pengampunan. Maruah memang boleh membangkitkan amarah, tetapi filem ini turut mengingatkan bahawa tidak semua masalah selesai dengan tumbukan. Kadang-kadang kemenangan sebenar datang daripada kemampuan mengawal fikiran, emosi dan ego sendiri. Sebab itulah mungkin filem ni tidak guna ayat ‘pertarungan’ tapi ‘pertaruhan’

Untuk saya, filem ini terasa lebih umphh berbanding Tarung: Unforgiven walaupun kedua-duanya saya beri skor yang sama iaitu 5/5 bintang. Bezanya, The Furious lebih berjaya menjual emosi kekeluargaan dan membuatkan saya lebih terikat dengan perjalanan watak-wataknya.

#FilemTheFuriousPertarunganMaruah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *