PEMASARAN FILEM DALAM KONTEKS SEKTOR PEMAMERAN

Dari satu sudut yang terpencil, saya memerhati perkembangan komuniti filem di Sabah dalam beberapa waktu sebelum mula secara langsung untuk menjurus masuk dalam sistem ini. Cabaran ekosistem, sumber, faktor sokongan, hala tuju dan pospek antara cabaran terbesar yang sedang ditempuh oleh komuniti ini walaupun realitinya semangat dan keinginan itu tinggi.

Dalam tempoh 1 bulan ini, perkembangan komuniti filem Sabah menunjukkan aktiviti yang positif. Namun untuk ini, saya ingin menyentuh 3 filem yang masih di peringkat pemilihan pelakon dan proses ini buat secara terbuka. Positif.

Secara kebetulan, saya sedikit arif dengan tulang belakang pembikin filem ini.

  1. HANTU DUPANG – Dari seorang Sutradara yang telah terbukti memiliki sentukan komersil melalui garapan yang baik dan tema filem yang dekat dengan masyarakat. Saya pernah bekerja dengan pasukan ini dalam pengedaran dan semestinya legasi kejayaan ini boleh dikembangkan lagi melalui filem ini.
  2. KAK LONG KK – Dari seorang Sutradara yang mempunyai visi tinggi dan terbukti terus berusaha. Filem arahan sebelumnya memiliki keunikan dengan percubaan yang berani namun faktor strategi pemasaran perlu ditambah-baik. Saya memantau penceritaan filem ini, tahu plot yang bakal digarap dan kami sentiasa berhubung untuk penambah-baikan terutama dalam aspek komersil.
  3. BERI AKU WAKTU – Dari seorang Sutradara yang mempunyai teori penceritaan yang sempurna. Dengan gabungan ilmu akademik dan komersil, filem ini sarat dengan mesej yang berat namun disokong dengan pendekatan garapan yang komersil. Saya terlibat secara langsung. Filem ini disokong dengan kerjasama oleh produksi tempatan yang berpengalaman.

Realitinya, ketiga-tiga filem ini sangat berpotensi dalam pasaran. Proses pemasaran harus bermula dari hari ini. Ini yang saya sebut sebagai PROGRAM MENCIPTA GELOMBANG PEMASARAN. Saya akan kongsikan pada 2 Julai 2026 (Khamis), 10.00 pg di UMS, Kota Kinabalu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *