๐…๐ข๐ฅ๐ž๐ฆ ๐Œ๐”๐๐€๐…๐ˆ๐Š ๐Œ๐„๐‹๐€๐–๐€๐ ๐ˆ๐๐‹๐ˆ๐’ (๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”); ๐Ÿ๐ŸŽ ๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐ค๐ž๐ฆ๐ฎ๐๐ข๐š๐ง ‘๐Œ๐ฎ๐ง๐š๐Ÿ๐ข๐ค’ ๐Š๐ž๐ฆ๐›๐š๐ฅ๐ข ๐ƒ๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐–๐š๐ฃ๐š๐ก ๐ˆ๐ง๐๐จ๐ง๐ž๐ฌ๐ข๐š

Sebelum tengok tertanya-tanya juga ni filem Munafik yang mana ni? Adaptasi ka? Sekuel ka? Remake ka? Tup tup memang remake yang lahir daripada kerjasama antara Unlimited Production (Indonesia) dan Skop Production (Malaysia) dengan cerita asal yang pernah diperkenalkan melalui MUNAFIK (2016)

Selepas 10 tahun atau lebih tepat sejak 2016 filem Munafik yang ditulis dan diarahkan oleh Syamsul Yusof sambil beliau sendiri memainkan sendiri watak Adam, kini kembali pada 2026 dengan wajah baharu. Kali ini diolah mengikut konteks sosial, budaya dan bahasa Indonesia.

Untuk saya, disinilah menariknya filem ni, ia bukan sekadar mengambil cerita lama dan menukar nama watak, ia adalah cultural translation bagaimana sebuah cerita horror Malaysia diterjemah ke visual language dan sensibiliti sinema Indonesia. Ada perubahan watak, struktur penceritaan dan beberapa elemen naratif namun ‘roh’ asas cerita asal Syamsul Yusof masih dapat dirasakan.

Untuk saya, kekuatan sebenar filem Munafik ; Melawan Iblis ni ialah storyline. Filem ni tahu bagaimana mahu menyimpan informasi dan melepaskannya sedikit demi sedikit. Naratif structure begini biasanya akan buat kita sentiasa tertanya-tanya apa yang sedang berlaku. Tambah menarik filem ni tidak bergantung jumpscare semata-mata. Ada atmospheric tension,ada permainan ruang, ada visual yang dibiarkan gelap dan sound design yang boleh bina rasa tidak selesa menonton. Paling penting ada plot twist!

Terus terang masa tengok saya sebenarnya sudah lupa jalan cerita Munafik (2016) tu tapi bila tengok filem ni pelan2 memori tu datang balik. Ada pembelajaran dan pengalaman bagus menonton filem ni, kita boleh melihat bagaimana cerita yang pernah kita kenal dibina semula melalui Directorial Interpretation yang berbeza. Garapan yang dibuat oleh Guntur Soeharjanto memang mempunyai identiti tersendiri.
Arya Saloka pemegang watak Adam juga terlihat mempamerkan Character Interpretation berbeza yang boleh ubah cara kita menanggapi watak dan cerita. Demikian juga karakter lain.

Selain lakonan, jump scare dan sound design, bagi saya antara elemen paling menyerlah ialah cinematography.
Penggunaan framing, lighting, camera movement dan komposisi visual begitu memikat dan bantu bina mood filem.
Recommended!

Simply 5/5 Stars

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *