๐…๐ข๐ฅ๐ž๐ฆ ๐‰๐”๐Œ๐ˆ๐๐“๐„๐ ๐„๐ƒ๐€๐ (๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) : ๐’๐ข๐š๐ฉ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ž๐๐š๐ง (๐ ๐ข๐ฅ๐š) ๐ฌ๐ž๐›๐ž๐ง๐š๐ซ๐ง๐ฒ๐š?

Sebuah filem psychological horror / thirller. Opening agak perlahan tapi bila masuk ke act 2, naratif filem ni semakin mengikat perhatian saya. Entah kenapa sesekali terasa macam familiar ceritanya. Familiar tidak semestinya membosankan, persoalannya sejauh mana filem ni olah elemen yang biasa dan klise jadi sangat berkesan.

Bagi saya, inti utama filem ni trauma. Tentang luka emosi atau kesan psikologi akibat pengalaman lampau yang menyakitkan. Yang bestnya, filem ini tidak terburu-buru mendedahkan keseluruhan sejarah Juminten. Sebaliknya, trauma watak utamanya disimpan, kemudian dibongkar satu demi satu melalui imbas kembali (flashback), sehingga penonton mula memahami beban yang selama ini ditanggungnya. Pendedahan secara berperingkat ini memberikan konteks kepada tindakan dan reaksi Juminten, sekali gus mengubah cara kita melihat watak yang sejak awal dilabel sebagai edan oleh masyarakat kampungnya.

Punca trauma yang jadi intisari filem ni mula tersingkap bila Mento iaitu suami Juminten dan anak perempuan mereka Saskia balik kampung (sebuah pulau) melawat ibunya setelah sekian lama mereka bina hidup di bandar. Keputusan ini diambila oleh Mento walaupun berat bagi isterinya Juminten. Sebelum itu, kenapa dan mengapa Juminten dan suami tinggalkan kampung dahulu ada sebab tragis dan kena tengok sendiri. Alur cerita terlihat agak mudah tapi beban karakter utama Juminten sangat berat kerana diistihar edan (gila) oleh penduduk kampung.

Lakonan watak utama Juminten (Meisya Amira) memang memancing perhatian. Beliau bukan sekadar perlihatkan emosi tapi tapi berjaya berjaya buat penonton faham sebab emosi itu wujud. Dari sudut pengarahan, jelas pemilihan dan penggunaan mise-en-scene dapat gambarkan keadaan psikologi watak dan orang-orang kampung.

Akhir sekali, Juminten Edan mungkin tidak menawarkan premis yang sepenuhnya baharu, tetapi ia mempunyai kekuatan pada cara trauma dibongkar, bagaimana watak utamanya dipersembahkan dan bagaimana ketakutan manusia diletakkan sebaris dengan ketakutan terhadap perkara ghaib kerana kadangkala, yang paling menakutkan bukanlah sesuatu yang datang dari alam ghaib. Yang lebih menakutkan ialah manusia yang tidak pernah mahu memahami penderitaan orang lain, tetapi terlalu cepat menentukan siapa yang waras dan siapa yang gila.

Dan…mungkin persoalan sebenarnya bukanlah siapa yang edan, tetapi siapa yang telah kehilangan kemanusiaannya.

Stars 4/5

#10StarCinemas #10StarCinemasParklaneCityBenoni #10StarCinemasPawagamKomuniti

#FilemJumintenEdan #JumintenEdan #PsikologikalHorror #Thriller #RCReview

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *