๐…๐ข๐ฅ๐ž๐ฆ ๐Ž๐“๐‡๐„๐‘ ๐Œ๐Ž๐Œ๐Œ๐˜ (๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) ; ๐ƒ๐ข๐ฌ๐ž๐›๐š๐ฅ๐ข๐ค ๐ฐ๐š๐ฃ๐š๐ก ๐ข๐›๐ฎ ๐ฌ๐ž๐›๐ž๐ง๐š๐ซ, ๐š๐๐š ‘๐ข๐›๐ฎ ๐ฅ๐š๐ข๐ง’

Bayangkan isteri / ibu kau keluar pergi kerja macam biasa, siap pesan akan balik lewat kepada kau dan anak. Tiba-tiba, belum pun tengah hari, dia sudah balik rumah pada waktu yang langsung tidak pernah berlaku sebelum ni. Kau ingatkan itu isteri / ibu kau, rupanya jelmaan daripada entiti alam lain yang mahu sangat โ€œjadi manusiaโ€. Premis filem ni agak menarik tapi lebih menarik lagi filem ni bukan sekadar cerita pasal makhluk supernatural yang datang ganggu kehidupan sebuah keluarga tapi tentang situasi yang jauh lebih parah dalam keluarga tu.

Filem ni gabungan psikologikal horror dan domestik horror. Saya personally suka cara filem ini buat kita tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku kepada keluarga ni. Seperti ada pre-existing conflict berlaku dalam keluarga tu sebelum cerita bermula di skrin dan terbukti, dihujung filem, konflik tu dirungkai.

Tambah menarik bila watak Bella awalnya sering berkomunikasi dengan Other Mommy tu mula takut bila Other Mommy berkelakuan pelik dan memaksanya mengatakan ‘yes’ untuk permintaannya ‘masuk ke dalam hati Bella’

Dari sudut psikologi, terfikir juga, mungkin karakter Other Mommy ni bukan hanya tentang makhluk seram tapi juga satu simbol yang boleh dibaca sebagai gambaran ketakutan, ketidakpercayaan dan dunia emosi seorang anak yang sedang berhadapan dengan keretakan keluarga barangkali. Tapi rasanya tidak juga sebab Other Mommy memperlihatkan dirinya kepada ibu dan bapa Bella malah mula berkelakuan ganas atas sebab mahu Bella merasa gembira.

Overall, Other Mommy best, ideanya segar, ruang untuk kita membaca ceritanya dari sudut yang berbeza agak luas. Di sebalik elemen seram, ada persoalan tentang kesunyian, kepercayaan dan bagaimana keretakan hubungan orang dewasa boleh mempengaruhi dunia seorang anak kecil. Kadang-kadang, anak-anak tidak perlu diberitahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Mereka sendiri boleh merasakannya.

#10StarCinemas #10StarCinemasPawagamKomuniti #10StarCinemasParklaneCityBenoni #FilemOtherMommy #RCReview

Stars 4.5 / 5

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *