Filem Khong Kheak pertama saya ada menonton, saya tertarik dengan penggunaan bahasa melayu selatan Thai (macam bahasa kelantan) dalam 20% penggunaannya. Review disini.
Filem Khong Kheak 2 ni pun sama juga, prolognya kalau tengok sebijik macam filem Malaysia gaya Thailand. Siap dengan azan bacaan ayat kursi, penggunaan bahasa melayu selatan Thai.
Seperti filem sebelumnya, filem Khong Kheak 2 juga bawa kita ke dunia supernatural horror Thailand dengan elemen jin, possesion, roh dan folk horror. Atmosphere hutan yang gelap, sunyi dan misteri berjaya bina suspens dengan garapan visual menarik. Sempat juga terselit keindahan pusat pelancongan berlatarbelakang hutan dan air terjun.
Babak possession memang menjadi dan disturbing. Watak yang dirasuk, Diana dengan kudis dan ulat ditubuh tu dengan mengunyah cawan kaca hingga tembus pecahan kaca gelas tersebut di pipi tu memang ngeri. Saya tertarik dengan props ‘senapang hantu’ (senapang patah dengan tulisan jawi di bahagian larasnya. Peluru juga ditulis tulisan jawi) sebagai senjata paling ditakuti hantu atau jin. Menarik juga bila filem ni turut memberi gambaran rupa fizikal jin Ifrit.
Menarik tapi agak messy bila ada dua plot utama bergerak sekaligus dalam cerita ni, Satu tentang Diana dan satu tentang Lin membuat penceritaannya agak melompat-lompat memyebabkan momentum dan kesinambungan cerita kadang-kadang terasa kurang kemas.
Seperkara ada satu perkara yang boleh diambil sebagai ‘teachings’ dalam filem ni iaitu jangan cuba-cuba ‘berurusan’ dengan entiti dari alam lain selain alam kita sebagai manusia. Kau panggil ‘seorang’, ramai pula yang datang. Demikian juga tentang rawatan untuk orang kena rasuk, mencampuradukkan kaedah mengikut islam dengan kaedah syirik akan undang bencana lebih besar. Lebih penting, filem ni berpesan juga tentang tipu daya syaitan yang licik memang menyesatkan dan hanya dengan iman saja kita dapat bertahan.
Stars 3.8/5
#10StarCinemas #10StarCinemasParklaneCityBenoni #10StarCinemasPawagamKomuniti #FilemKhongKhaek2 #KhongKhaek2 #RCReview


