Terus terang, saya sebenarnya tidak begitu kepingin untuk menonton Supergirl (2026). Salah satu sebab mungkin kerana dengan usia sekarang saya memilih perkara untuk diisi ke dalam kepala ๐. Saya putuskan pergi tengok juga sebab sayang pula complimentary seat tu, sy pun wasap Reena 10 Star (Sejak dua bulan lalu, bukan Nurul sudah yg urus tontonan saya). Reena salam, Supergirl 12.15pm? Reena jawab ringkas ja ‘Okai ๐ซก๐ซก’ (maksudnya dia akan inform staff di Parklane la bai tu) Reena & Kelly 10 Star ni kira ‘supergirl’ juga, sekejap di Tawau, sekejap di KK mungkin juga ke Kota Marudu atau Sandakan atau KL.
Baik, kembali ke tontonan saya iaitu filem Supergirl (2026). Apabila menonton filem, biasanya ada masa tertentu yang saya rasa jalan ceritanya terlalu kompleks untuk dihuraikan secara biasa. Banyak lapisan naratif, simbolisme dan dunia yang dibina hingga sukar sedikit untuk diringkaskan. Maka saya biasanya akan cari satu perkara yang paling mendasar iaitu apa baini filem ni atau apa ba falsafah yang ada di sebalik filem niโฆ
Begitu juga jika saya tidak lagi menemui banyak perkara baharu untuk dikongsi dari sudut teknikal pembikinan maka saya akan cuba lihat apakah persoalan besar yang cuba disampaikan oleh pembikin filem kerana bagi saya, filem yang baik bukan hanya dinilai melalui bagaimana ia dibuat, bagaimana hasilnya tetapi juga melalui apa sebenarnya yang ingin dikatakan oleh filem tu tentang eksistensial dan survival kehidupan manusia.
Bagi Supergirl (2026) ni, di sebalik segala imaginasi penulis tentang planet asing, makhluk kosmik dan pengembaraan merentasi galaksi, filem ini sebenarnya membawa persoalan eksistensial tentang siapa diri kita dan apakah tujuan kewujudan kita dalam alam yang begitu luas. Adakah untuk menguasai, dikuasai dan untuk apa.
Watak supergirl, Kara Zor-El mungkin seorang yang mempunyai kuasa luar biasa tetapi perjalanan hidupnya tetap dipenuhi persoalan yang sangat manusiawi, iaitu kehilangan, kesunyian, identiti dan pencarian makna. Jelas, kuasa tidak akan menjadikan seseorang bebas daripada konflik dalaman.
Menariknya, filem ini tidak banyak memusatkan kehidupan Kara di bumi, dia tidak selamatkan orang yang hampir dilanggar kereta, terperangkap dalam lif, jatuh dari bangunan dan sebagaunya, dia lebih banyak mengembara ke pelbagai planet dengan budaya dan rupa penghuni yang berbeza. Perjalanan angkasa itu sebenarnya menjadi metafora kepada perjalanan mengenali diri sendiri. Semakin luas dunia yang dilihat, semakin besar persoalan tentang tempat dirinya dalam alam semesta.
Hubungan Kara dengan Ruthye (berwajah asian) pula memperlihatkan dua remaja yang cuba memahami kehidupan dalam cara mereka sendiri. Walaupun seorang memiliki kuasa seperti dewa dan seorang lagi hanyalah manusia biasa, kedua-duanya berkongsi pengalaman sama iaitu mencari jawapan terhadap kehilangan, kemarahan dan keinginan untuk menentukan siapa diri mereka.
Pada akhirnya, Supergirl (2026) bukan sekadar bertanya, “Sejauh mana kuatnya seseorang?” tetapi lebih kepada persoalan yang lebih mendalam, “Apakah makna memiliki kekuatan jika kita tidak tahu bagaimana menggunakannya?”
Kesimpulan saya, Supergirl (2026) filem ni berbaloi untuk ditonton bagi yang rasa 50:50 mau tengok ka nda, saya sarankan pigi saja ๐
Supergirl 2026 ni, mungkin hadir sebagai filem adiwira perempuan dengan skala kosmik tetapi jiwa ceritanya tetap sangat manusia dan dalam alam semesta yang begitu luas, pencarian terbesar bukanlah untuk menakluk dunia tetapi untuk memahami dan menakluk diri sendiri. Thats all.โ๐ผ
Stars 3.8/5


