Dalam salah satu poster filem ni ada tertulis tagline ‘fight fire with fire’ ada rasa? Apa yang akan jadi?
Filem ni openingnya saja sdh buat saya spontan sebut uishhโฆ gila baini!. Mula-mula tengok saya tidak letak harapan tinggi tentang kepuasan menonton sebab filem ni filem francais terutama tentang ke’evil’an yang bakal tampil sebab saya tidak mengikuti sepenuhnya francise ni tapi luckly ceritanya berdiri sendiri so entertaining & statisfying.
Kisah ringkas iaitu tentang sebuah keluarga yang ‘tersimpan’ atau sengaja menyimpan satu artifak lama yang dikaitkan dengan syaitan-syaitan atau jin-jin tertentu. Apa artifak tersebut dan apa fungsinya kena tengok sendirilah.
Garapannya? Ngeri! Itu saja gambaran paling tepat dari saya. Kebanyakan babak ngeri dan seram. Saya sebut itu sebab ada filem francais yang semakin tua semakin kurang taring, ada juga yang sekadar hidup atas nostalgia tapi Evil Dead masih pilih jalan yang sama iaitu ‘menyerang’ penonton dengan keganasan tanpa belas kasihan. Sekali sekala ada juga elemen comic relief untuk redakan ketegangan penonton.
Seperkara, yang paling menarik perhatian saya ialah bagaimana skripnya benar-benar “menyeksa” protagonis. Setiap halangan terus dinaikkan, stakes semakin tinggi, konflik semakin menghimpit, hingga watak utama dipaksa berjuang habis-habisan. Inilah antara prinsip asas penulisan skrip yang selalu diperkatakan oleh guru penulisan skrip iaitu protagonis perlu berdepan rintangan yang maksimum. Lagi berat ujian, lagi besar kepuasan emosi apabila penonton mengikuti perjalanan watak itu hingga ke penghujung cerita.
Dari sudut pengarahan pula, filem ini memahami DNA francais Evil Dead. Kamera yang agresif, suntingan pantas, rekaan bunyi yang mencengkam dan efek solekan praktikal yang menjijikkan menjadi kekuatan utama. Elemen gore pula tampil bukan sekadar untuk mengejutkan tetapi jadi sebahagian daripada identiti visual francais ini.
Dari aspek lakonan, para pelakon berjaya ‘menjual’ ketakutan, kesakitan dan rasa putus asa dengan meyakinkan. Dalam filem seperti ini, penonton perlu percaya bahawa setiap watak benar-benar sedang berjuang untuk terus hidup dan itu berjaya disampaikan oleh filem ni.
Satu hal, naratif filem ni seolah memberitahu, kejahatan dalam bentuk apa sekalipun tidak pernah begitu jauh dari kita, Ia dari mungkin orang terdekat kita, keluarga kita atau yang agak mencengangkan, kejahatan itu mungkin diri kita sendiri. Sumbernya? ada dalam naratif filem ni.
Kesimpulannya, Evil Dead Burn ialah sebuah survival horror yang tahu betul psikologi penonton. Ia tidak cuba menjadi “elevated horror” sebaliknya ‘bangga’ menjadi filem gore yang kejam, liar dan tanpa kompromi.
Stars 5/5
#10StarCinemas


