๐…๐ข๐ฅ๐ž๐ฆ ๐Ÿ“ ๐๐Ž๐Œ๐Ž๐‡ (๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) ; ๐Š๐จ๐ฆ๐ž๐๐ข ๐ฌ๐š๐ญ๐ข๐ซ๐š ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ก๐ข๐›๐ฎ๐ซ๐ค๐š๐ง, ๐ข๐ฌ๐ฎ ๐ข๐›๐ฎ๐›๐š๐ฉ๐š ๐จ๐›๐ฌ๐ž๐ฌ๐ข ๐ฉ๐ž๐ง๐œ๐š๐ฉ๐š๐ข๐š๐ง ๐Ÿ–๐€ ๐’๐๐Œ ๐๐š๐ง ๐ค๐ž๐ ๐ข๐š๐ญ๐š๐ง ๐ฌ๐œ๐š๐ฆ

Sebuah lagi filem baharu iaitu filem 5 Bomoh tampil awal minggu Jun 2026 ni dengan gaya naratif dan garapan tersendiri yang menghiburkan. Filem Komedi Satira arahan Syed Fariz ni lebih kepada sebuah refleksi masyarakat yang terlalu percaya kepada bomoh dan obsess kepada pencapaian peperiksaan SPM anak. Watak utama Rashdan lakonan Aaron Aziz suami kepada Sakinah lakonan Scha Alya adalah sosok suami yang amat-amat terikat dengan pantang larang dan kepercayaan mistik terutama fungsi bomoh dalam menunaikan hajat hingga level annoying. Bayangkan opening Rashdan bawa isteri dan anak mandi bunga dengan cara-cara yang tidak lazim iaitu disimbah satu baldi air ala car wash manual. hahaha

Filem ini dibarisi nama-nama besar industry seperti Dato Aaron Aziz sendiri, Scha Alya, Dato Afdlin Shauki (bomoh Mbah Slamet), Dato Amy Seacrh (bomoh Alami), Aedy Ashraf (bomoh Dr Neo) serta pasangan suami isteri Johan Raja Lawak ( bomoh Siam Semcai) dan Izzlyn (bomoh Ngok Tawong) . Tambah menarik penampilan mantan Menteri Kesihatan dan juga penyampai radio KJ. Jangan terkejut Datuk Yusuf Haslam juga ada cameo dalam filem ni selain kelibat beberapa influencer tempatan.

Dengan premis cerita yang ringkas iaitu โ€˜misi cari bomoh SPM oleh Rashdan, isterinya Sakinah dan anak gadis mereka Nisa (lakonan Tiara Suraya Rose) bersama pembantu / driver mereka Alam, filem ni berjaya menawarkan escapism yang menghiburkan dan refreshing effect untuk menyerap realiti tekanan kerja-kerja harian di luar untuk penonton.

Hal yang menjadikan filem ni menarik elemen โ€˜Misi di sebalik misiโ€™ iaitu disebalik misi Rashdan, isterinya Sakinah juga ada misi tersendiri untuk dilunaskan sementara Nisa anak gadis mereka yang akan menghadapi SPM hanya mengikut ibu dan ayahnya.

Saya paling tidak boleh tahan dengan mantera bomoh Mbah Slamet yang berbunyi โ€œhak..hak..hak.. tui, hak..hak..hak.. tui โ€. satu lagi bomoh Ngok Tawong, nama tu bah. Ketika berlangsung hingga selesai โ€˜konsultasiโ€™ Rashdan banyak sebut ngokโ€ฆ, terima kasih ngok, tolonglah ngok,โ€ฆ ngok kalau di tempat kita semua orang tau maksudnya. Sebenarnya banyak lagi garapan komedi mencuit hati yang dihidang dalam filem ni, korang tengoklah sendiri.

Overall, filem 5 Bomoh bukan sekadar ketawa tentang bomoh atau perkara mistik. Filem ini sebenarnya menyentuh satu realiti Masyarakat. Apabila ibu bapa terlalu takut anak mereka gagal, kadang-kadang mereka sanggup mencari apa sahaja jalan untuk mendapatkan kejayaan sedangkan dalam usaha mengejar Keputusan cemerlang, yang lebih penting bukan banyak A yang dicapai tetapi bagaimana seorang anak dibentuk untuk mengenal nilai usaha, keyakinan dan diri sendiri. Filem ni juga seperti ‘memberitahu’, Kerana kadang-kadang manusia bukan ditipu kerana terlalu bodoh untuk percaya, tetapi kerana terlalu berharap sehingga sanggup mempercayai apa saja.

Stars 3.8/5

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *