Terus terang ini bukan genre saya tapi disebabkan tugasan dan ingin tahu saya tengok juga.Mulanya saya fikir peminat game saja yang akan faham cerita ni sebab filem adaptasi video game tapi surprisingly filem Mortal Kombat II boleh elak perangkap tu. Hal โsejarahโ watak, kenapa berdendam, siapa menguasai apa, siapa khianat dsb difahami lewat dialog karakter terlibat. Pembuat filem ni faham penonton mau datang tengok untuk rasai pengalaman bukan mau tahu sangat sejarah tu. Untuk saya pembuat filem ni buat filem ni bukan untuk โlayanโ gamer yang main Mortal Kombat tapi untuk orang macam saya yang sepatah haram pun tidak pernah tengok apalagi main game mortal kombat and statisfying pula.
Ringkasnya walaupun dunia Mortal Kombat penuh fantasi dan multidimensi tapi struktur konfliknya, siapa hero, siapa ancaman, apa pertaruhan, semua jelas dan buat kita enjoy tengok terutama karakter-karakternya, konflik , dan yang paling ketara visual action yang bukan kaleng-kaleng ditambah lagi dengan scene-scene comic relief yang mencuit hati terutama watak Jonnny Cage hahaha.
Lebih menarik, karakter-karakter di dalamnya โmasih humanโ yang bawa elemen humor, ego dan entertainment membuatkan ia terasa lebih hidup dan tidak terlalu serius. Satu hal walaupun kita tidak tahu sejarah mereka tapi tetap boleh rasa intensiti permusuhan tu. Itulah antara kelebihan sinema visual, ekspresi, framing dan body language saja sudah cukup untuk kita faham emosi.
Masa tengok trailernya di fb nampak macam โaihh movie apa niโ tapi ternyata Mortal Kombat memang bukan dibuat untuk tontonan di skrin hp tapi untuk layar lebar pawagam. visual design, sound design, gerak perlahan dan segala macam effect yang ada buat filem ni sedap ditonton. Yang best scene fighting, walaupun banyak penggunaan CGI tapi masih terasa fizikal. Bila buat carian pasal filem ni di talian, saya terjumpa istilah โfatalityโ yang rupanya memang sudah jadi ciri khas dalam game ni iaitu stylized finisihing move oleh mana-mana fighter yang menang untuk menamatkan riwayat lawan dan itu memang agak brutal.
Overall walaupun โgame-game sajaโ (istilah Sabahan) Mortal Kombat II ni masih function untuk tontonan sebab macam kebanyakan filem lain, ia masih bawa emosi universal seperti maruah, dendam, survival, pengorbanan dan seumpamanya. Emosi macam ni dapat diserap dan difahami oleh sesiapa saja sebab itu walaupun kita bukan seorang gamer, kita masih boleh menikmati penuh konflik dan perjalanan filem ni.
Stars 4.8/5
#MortalKombatII #Support10StarCinemas #SciFi #Fantasy


