๐…๐ข๐ฅ๐ž๐ฆ ๐‘๐ž๐š๐๐ฒ ๐จ๐ซ ๐ง๐จ๐ญ – ๐‡๐ž๐ซ๐ž ๐ข ๐œ๐จ๐ฆ๐ž (๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) ; ๐“๐ซ๐š๐ฎ๐ฆ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฃ๐š๐๐ข ๐ฌ๐ฎ๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐ค๐ž๐ค๐ฎ๐š๐ญ๐š๐ง

Saya memang antara orang yang terlepas tengok filem pertama Ready or Not (2019). Pada filem itu dikatakan berkisar tentang Grace, pengantin baru yang masuk keluarga kaya dengan tradisi pelik, main โ€œhide and seekโ€, tapi versi bunuh betul. Intro filem ni sudah cukup untuk kasi saya gambaran pasal filem pertamanya dulu. Ringkasnya filem ni brutal tapi ada dark comedynya

Filem Ready or Not 2: Here I Come (2026) ni ok juga ditonton tanpa tengok filem yang pertama. Genre dia masih horror-thriller dengan elemen dark comedy. Ikut reviewer lain dia lebih dekat dengan vibe filem seperti The Hunt atau You’re Next, brutal, satira, dan penuh sindiran sosial.

Bagi saya, kekuatan utama filem ini terletak pada watak Grace, yang dibawakan dengan sangat mantap oleh Samara Weaving. Dia bukan sekadar lari, dia melawan. Paling menarik characterization Grace berkembang dari awal filem terlihat looser namun berubah jadi lebih keras setelah sedar tentang sistem yang menindas dia. Setiap reaksi dan keputusan terasa Grace berlapis dengan emosi. Weaving berjaya tunjuk bahawa trauma lalu itu membentuknya bukan melemahkan.

Di sisi lain, watak Faith sebagai pelakon pembantu memberi warna yang berbeza. Dibawakan oleh Kathryn Newton, Faith hadir dengan sifat lebih naif tapi perlahan berubah bila terperangkap dalam situasi sama. Dari segi visual dan ekspresi, ada momen dia kelihatan seperti Amber Heard, terutama dalam cara dia membawa emosi panik bercampur tekad. Dinamik antara Grace dan Faith jadi salah satu kekuatan emosi dalam filem ini.

Paling jelas adalah sudut underlying dalam filem ni yang sentuh pasal kuasa elit yang atur dunia. Ritual yang dipaparkan bukan sekadar elemen seram tetapi simbol kepada sistem kuasa yang sanggup buat apa saja untuk kekal di atas. Dalam erti kata lain, yang berkuasa akan terus mencipta permainan dan orang lain hanya jadi mangsa dan bahan permainan

Overall, filwm Ready or Not 2 ni bukan sekadar sekuel biasa. Ia mengajar sesuatu iaitu kita perlu lebih ramai wanita seperti Grace di dunia nyata yang berani dan tidak menganggap trauma sebagai kelemahan. Rakan fb perempuan di luar sana kena tengok filem ni ๐Ÿ˜

Stars 5/5

#ReadyOrNotHereICome
#TontonDi10StarCinemas

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *