Filem PRIMATE (US 2026) ; Ngeri & menegangkan

Pernah kucing kesayangan peliharaan kamu cakar kamu? atau gigit kamu? Mesti ada yang pernah. Itu kucing, dalam filem PRIMATE ni, binatang tu bukan kucing, bukan setakat mencakar tapi mencabut rahang mangsa.

Filem thriller survival ni bernaratif mengenai ketakutan primal iaitu ketakutan terhadap sesuatu yang pernah kita jinakkan, bela dan percaya tiba-tiba jadi ancaman fatal. Ya binatang itu adalah Cimpanzi!

Filem ini bermain di ruang sempit. Rumah terasing di Hawaii yang terlihat seperti sebuah rumah percutian keluarga yang agam dan cantik yang tiba-tiba jadi pusara berdarah dengan dengan beberapa kematian tragis

Filem ni tidak sekadar hidang jump scare dan ketegangan tapi juga tekanan berpanjangan yang dirasak sepanjang tontonan. Sebagai penonton, kita sedar satu tindakan silap mana-mana individu walaupun kecil akan bawa kematian

Dari sudut lakonan, filem ini tidak jual jeritan kosong pelakon. Konflik emosi dipaparkan jelas antara kemahuan pertahankan diri dan rasa bersalah terhadap ‘ahli keluarga’ yang mengganas.

Paling nyata, naratif dalam filem ni bukan lagi soal menghadapi dan melawan pemangsa semata-mata tapi juga tentang berhadapan dengan akibat dari pilihan dan keputusan manusia itu sendiri.

Naratifnya juga ringkas. Ada subplot ringan yang menjustifykan insiden terrtentu dalam filem. Tiada falsafah yang dipaksa masuk. Semuanya ngam bergerak ikut naluri takut dan bertahan hidup.

Filem ni menghantar lesan halus tentang batas antara manusia dengan makhluk lain (binatang) ciptaan Tuhan. Filem ni ngeri!

5/5

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *