Filem DUSUN MAYIT (INDO 2025/26); ‘Zombie’ versi Jawa yang brutal lagi menyeramkan.

Bayangkan satu kampung tu dihuni oleh ‘mayat hidup’ (kadang boleh nampak kadang tidak dengan mata kasar) kemudian ada penghuninya masih manusia sebenar (terperangkap) tapi tidak dapat keluar dari kampung tersebut. Waktu hendak tinggalkan kampung, kaki seperti ada yang memegang seolah ditarik semula masuk ke dalam sempadan kampung. Kisah ni merupakan folk-horror survival yang mengolah mitos tempatan ke dalam kerangka filem zombie bertajuk Dusun Mayit atau kampung mayat yang dikatakan sememangnya wujud.

Kenapa saya katakan zombie versi jawa? Tentulah kerana pertuturan dan pakaiannya pergerakan tubuh (physicality & blocking) para zombie yang dipengaruhi oleh elemen tari dan ritual tempatan. Idea ini menarik kerana jarang kita lihat zombie ‘berbudaya’ walaupun ganas. Menarik bila juga bila ada babak sekumpulan zombie boleh berkumpul dalam satu kawasan untuk melakukan ritual persembahan kolektif kepada penjaga gunung yang sangat buruk tubuhnya dengan reka bentuk prostetik dan body horror.

Filem mengisahkan 4 orang siswa Yuni (Amanda Manopo), Nita (Ersya Aurelia), Aryo (Fahad Haydra) dan Raka (Randy Martin) berpakat untuk menaiki gunung Walireng selepas selesai peperiksaan. Keempat-empat watak dibekalkan dengan backstory peribadi yang berfungsi sebagai emotional stake walaupun tidak berapa dikembangkan.

Turning point cerita bermula apabila Nita ketika mereka memulakan pendakian terlihat sebuah talam sajian di bawah sepohon kayu yang jelas-jelas satu simbol ritual pemujaan tapi meremehkannya dengan menendang talam tersebut hingga mencetuskan chain reaction naratif. Dari titik ni konflik terus meningkat melalui escalating threats yang terpaksa mereka hadapi dengan pertaruhan nyawa (life or death stakes)

Secara keseluruhan, Filem Dusun Mayit menarik untuk ditonton bukan semata-mata sebagai filem zombie tetapi sebagai eksperimen genre yang menggabungkan folk horror, body horror dan survival thriller dengan identiti budaya sebagai teras estetika dan tema.

Stars 4/5

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *