OZORA – Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel (INDO 2026) ; Antara telling a story dan storytelling, Pak Anggy sukses!

Pak Anggy sukses kedua-duanya. Bukan mudah untuk menceritakan semula cerita yang sudah diketahui umum dan saya pasti ini antara cabaran utama Pak Anggy dan team dalam mengangkat naskah ini. Inti filemnya simple, cerita berpaksi pada perbuatan aniaya dan tidak berperikemanusiaan, iaitu budaya buli (bullying) yang ‘menggelisahkan’ masyarakat lebih-lebih ianya dilakukan oleh anak orang berjawatan tinggi.

Dari segi penceritaan (telling a story), pengarah pilih gabungan struktur penceritaan linear dan non-linear. Pendekatan naratif ini terlihat berfungsi benar dalam menyampaikan cerita filem ni.

Penceritaan linear digunakan untuk bimbing penonton mengikuti usaha pelaku dan keluarganya menutup kes dengan segala macam cara dan kuasa serta pergelutan batin keluarga mangsa menerima realiti tragedi yang berlaku secara real-time. Pendekatan ini bantu kukuhkan lago dramatic tension dan rasa tidak adil yang berterusan.

Elemen non-linear storytelling yang digunakan pula berperanan memperluas konteks naratif dengan membawa penonton menyelami backstory sebelum mangsa dimasukkan ke hospital, termasuk rentetan peristiwa yang membawa kepada tragedi serta proses dan halangan penegakan undang-undang. Struktur ini turut menambah emotional layering dan pemahaman yang lebih mendalam terhadap trauma mangsa dan implikasi sosial kes tersebut. Teknik penceritaan yang digunakan oleh Pak Anggy mengikat penonton untuk ingin tahu peristiwa-peristiwa (yang sudahpun dimaklumi lebih awal) yang terjadi sehinggalah undang-undang ditegakkan. Di bahagian inilah cerita ini paling sukses. Seni penceritaan (storytelling) tertumpah di sini dengan kekuatan dialog dan binaan dramatik cerita. Saya kagum.

Ketika sesi soal jawab selepas tontonan, ada penonton bertanya bagaimana Pak Anggy membina timeline cerita ini Pak Anggy jawab “Ngobrol-ngobrol aja sih, saya dan team dengan Pak Jo (Jonathan – ayah kepada mangsa). Lebih kurang begitu kata-kata Pak Anggy.

Cerita ni hebat pencitraanya kuat, young film makers perlu tonton filem ni supaya nanti tidak sekadar telling a story tapi memberikan jiwa kepada cerita melalui storytelling.

Stars 5/5

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *