Filem WHISTLE (US 2026) ; Kematian jika sudah datang, tidak dapat dihentikan!

Sebuah filem supernatural horror dengan premis ringkas iaitu ketakut terhadap kematian melalui pendekatan visual yang agak gelap n brutal.

Kisah sekumpulan remaja di satu sekolah menengah menemui barangan artifak aztec yang mempunyai sejarah yang diceritakan di prolog filem. Artifak tersebut adalah wisel berkepala tengkorak seperti tengkorak monyet. Mereka tidak tahu, meniup wisel tersebut bermakna mengundang maut datang sebelum ajal sebenar tiba.

Kerana tertarik dan rasa ingin tahu tentang artifak tersebut, salah seorang dari mereka meniupnya lalu bermulalah countdown horror ala filem Final Destination (2023) yang memicu ke siri kejadian horor hinggalah ditemui cara menghindarinya walaupun sudah agak terlambat.

Lakonan? watak utama Chrys lakonan Dafne Keen penyumbang graviti emosi meyakinkan dalam filem ni. Matanya banyak bermain micro-expression acting. Demikian juga watak Ellie lakonan Sophie Nelisse sebagai rakan Chrys yang beri emotional anchor filem ni. Jelas ada layer lain dalam tindakan Chrys menghindari Ellie diawal perkenalan dan tindakan Ellie yang sentiasa sedaya upaya mengambil hati Chrys. Sementara, watak2 sampingan lain pula ada yang hanya terasa tipikal archetype remaja dalam cerita2 horror.

Hal yang lebih menarik dalam filem ni ialah ‘bahasa seram’ yang digarap oleh pengarah terutama atmosferanya. Low key lignting, palet warna kebiruan mmg mencipta mood suram. Penggunaan banyak handheld camera meningkatkan rasa cemas penonton. Sound design juga bantu mengukuhkan jumpscare yang dihidang.

Overal best! pesan penting filem ni daripada menghindar lebih baik hadapi saja ketakutan kita. Mati sudah pasti tapi jangan sekali-kali menjemputnya.

Stars 3.8/5

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *