Filem Tembuni Berdarah (MAL 2025) ; Khatijah Tan sebagai Bok Miah, pusat graviti naratif filem baharu Dr Ahmad Idham

Cerita tentang Dr Izara (Lakonan Sophia Albarakbah) tapi daya graviti filem ni berpusat kepada watak Bok Miah (lakonan Khatijah Tan) yang berperan cemerlang bagi saya. Watak Aidan (lakonan Niezam Zaidi) pula memberi suntikan misteri dalam filem ini yang kemudiannya perlahan tersingkap. Selain Riezman & Sharifah Shahora, watak pembantu yang berjaya dengan wataknya ialah Mia Nasir.

Ceritanya Tembuni Berdarah dibina di atas konflik antara generasi, antara sains dan tradisi, antara keinginan untuk maju dengan cepat atau bertahan dengan prinsip. Ironinya, seorang doktor (Dr Izara) yang sepatutnya berpegang pada rasional akhirnya terpaksa memilih samada akur kepada jalan yang pernah dianggapnya sesat atau tidak. Di situlah letak kekuatan cerita, ironi yang mengikat perjalanan watak dan membekas.

Seperkara, segala lapisan perjalanan cerita filem ni tidak akan menjadi tanpa Khatijah Tan sebagai Bok Miah. Lakonannya tidak berlebihan, tetapi cukup untuk menjadikan sosok nenek bomoh itu hidup dan meyakinkan. Beliau tidak sekadar menjelma sebagai watak antagonis, tetapi jadi sosok yang percaya penuh pada tradisi & ‘ilmu’ yang mampu beri “penyelamatan” untuk anak cucunya. Tatapan mata, intonasi suara, dan tubuh yang membawa ritual memberi graviti kepada naratif. Bok Miah adalah pusat orbit emosi filem ini, dan Khatijah Tan berjaya menjadikan penonton serentak benci, takut, dan kasihan padanya.

Filem ni tampil dengan vibe seram tersendiri, tidak seperti naratif berpuluh filem seram Indonesia yang saya sudah tonton. Tembuni Berdarah pilih jalan yang lebih senyap, seram yang menyusup perlahan, lebih kepada rasa yang menghantui daripada hantu yang menjerit. Itu membuatkan pengalaman menonton terasa lebih berfikir daripada terperanjat.

Ringkasnya Tembuni Berdarah adalah tentang pilihan hidup. Selepas filem berakhir ada plot twist yang agak menarik dan menenangkan setelah apa yang berlaku kepada watak Dr Izara dan Bok Miah

4/5

#support10starcinemas #ramlicarloreview #tembuniberdarah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *