Filem SHELTER (US 2026): Formula klise tapi tetap segar dan mendebarkan

Sebuah filem action-thriller baharu lakonan Jason Statham yang berperan sebagai Mason. Lelaki yang diestablishkan sebagai penyendiri dan tinggal di sebuah pulau kemudian perlahan backstory Mason terkuak lewat naratif penuh bergaya dalam filem ni. Walaupun pada aksi terselit elemen emosi yang kuat melibatkan watak Jessie, remaja perempuan yang terpaksa ‘dijaga’ oleh Mason.

Walaupun filem ini guna trope action thriller yang biasa iaitu mudah dan agak klise namun olahannya membuat filem ni menarik dan berbaloi untuk ditonton. Part paling best formula heroik one man vs system tu buat kita tunggu apa pengakhirannya yang hampir pasti kita dapat jangka kemenangan memihak kepada hero tetapi kita menunggu bagaimana caran kemenangan tu berlaku.

Kisahnya ringkas, Mason menyendiri di sebuah pulau yang hanya ada 3 bangunan iaitu menara rumah api, bangsal perahu dan rumah tempat tinggalnya. Wajah Mason yang sugul tapi tenang, visual kosong dan cuaca di pulau yang berubah-ubah dengan ribut dan ombak pantai jelas gambarkan Mason bukan dalam keadaan bercuti tapi ingin menghindari sesuatu. Sekejap-sekejap Mason melihat ke laut lepas melalui tingkap jelas bukan untuk menunggu tetamu tapi menunggu ‘ancaman’ apa yang bakal datang bila-bila masa.

Kenapa Mason mengasing diri, siapa dia yang sebenarnya perlu tonton sendiri. Sesuai genrenya action thirller, auto penonton terdorong bertanya siapa Mason ni dan kenapa tinggal bertahun di pulau itu. Pertanyaan tu mula terjawab bila bot penghantar bekalan dipukul ombak lalu tenggelam pengemudi lelaki mati. Mason terpaksa selamatkan Jessie yang lemas. Luka dialami oleh Jessie memaksa Mason ke tanah besar untuk dapatkan ubat-ubatan. CCTV bandar mengesan beliau sebagai individu paling dikehendaki oleh MI6. bermulalah aksi dalam filem ni, sekumpulan ejen taktikal diaktifkan untuk buru Mason. Sedikit demi sedikit identiti Mason mula diketahui. Kegagalan kumpulan taktikal pertama untuk menangkap Mason membawa kepada aksi pemburuan besar-besaran dan tindakbalas mematikan dari Mason.

Seperkara yang menarik ialah kebijaksanaan sinematografi diawal filem yang banyak bergantung pada wide static shots dan negative space. Wajah Mason dirakam dalam close-up yang terkawal keras, tetapi tenang, tiada tanpa dialog berlebihan. Bahasa tubuhnya agak ekonomikal, seolah-olah setiap gerak telah lama dilatih. Ini beri petunjuk Mason bukan orang biasa tetapi seseorang yang hidup dalam mod sentiasa berjaga-jaga

Overall best tontonan memuaskan namun saya jangkkan filem ini akan ada sekuel sebab ada bahagian yang belum dituntaskan penceritaannya terutama sejarah lampau Mason sebagai mangsa dari organisasinya yang cuba menghapus namanya dari sistem .

Stars 5/5

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *