Lepas terlepas 3 kali, last-last dapat juga tonton Ninavau semalam (6hb / Sabtu/7pm) kebetulan juga team Ninavau ngam2 berada di 10Star Cinemas Parklane Benoni untuk sesi meet & greet. Terjumpa pengarahnya Bebbra Mailin pengarah, Jovenea Pelakon utama dan beberapa pelakon lain.
Filem Ninavau unik kerana, walaupun tampil minimalis dan seadanya dari segi produksi, ia kaya dari sudut psikologi. Untuk merasai kesan sebenar filem ini, penonton perlu menontonnya dari ‘dunia’ watak Ninavau, memahami ketakutannya, memori silamnya, dan beban emosi yang dipikulnya. Di awal filem sebaik menjejakkan kaki di KKIA, langkah dan wajah Ninavau sudah menceritakan beban jiwa yang bukan alang-alang. Seorang anak sulung perempuan yang pulang untuk ‘melindungi’ keluarga, memendam, menahan, menyampan rahsia, berharap tapi tidak yakin bagaikan duri yang melingkari dunia batin Ninavau.
Ninavau tiada twist atau shock untuk penonton tapi sangat kuat pada aspek emosional (emotional resonance) yang terhasil melalui dinamika watak (character dynamics) terutama antara Ninavau, adiknya El (Tati Eliana Tony), dan bapanya, Edward (Edward Sinsong). Setiap interaksi berfungsi sebagai fokus dramatik (dramatic focal point) yang menyokong narrative arc utama iaitu potensi konflik dalaman keluarga yang parah apabila semuanya terbuka.
Paling menarik perhatian saya dari filem ini ialah pusara/kubur mendiang ibu Ninavau dijadikan lokus dramatik apabila Ninavau buat keputusan berterus-terang dengan bapanya tentang apa yang sudah terjadi kepada beliau. Sangat dan teramat simbolik. Saya tertanya kenapa di sini? dalam banyak2 tempat, kenapa ia berlaku di hadapan pusara ibunya? Adakah Ninavau merasa ‘terbela’ atau selamat menyampaikan rahsia beratnya di situ? Akhirnya ya, jelas sosok seorang Ibu walaupun sdh tiada tetap jadi sumber KEKUATAN bagi Ninavau dan mungkin kebanyakan kita.
Sebagai sebuah filem arthouse, Idea, tema dan ekspresi pengarah melimpah-limpah di dalam filem ini. Dari pilihan visual yang mewakili KK saja pun pun agak berbeza dari visual KK dalam filem yang selalu kita tengok. Lebih penting ialah keberanian filem ini menelanjangkan sisi ketidaksempurnaan penganut dan bukan agamanya. Saya ulang, yang tidak sempurna adalah penganut bukan agamanya atau kedudukannya dalam agama. Dalam filem ni misalnya dipaparkan ada penganut islam mengahwini perempuan non-muslim tapi tidak pernah mengajar satu apa pun tentang tentang agama islam. Ini fakta. Demikian juga sisi ketidaksempurnaan penganut agama lain yang turut diselitkan dengan beraninya dalam filem ni.
Dari segi plot, tindakan penulis ‘memberi masalah’ tersendiri kepada El, Edward & Ninavau membuatkan naratif jadi menarik dan mengikat penonton kehujung walaupun ada beberapa hal yang tidak dilerai dan membiarkan penonton untuk memikirnya spt scene lobster, scammer dan few lg.
Di beberapa babak terkesan beberapa dialog bersifat didaktik & memposisikan (didactic & expository dialouge) minda penonton dengan justifikasi moral dijelaskan secara terus kepada tapi tidak mencacatkan naratifnya. Saya juga sempat mengharapkan ‘sepak terajang’ fizikal dan emosi yang lebih berat kepada Ninavau tapi saya percaya less is more. Filem ini adalah tentang gelora jiwa Ninavau dan wajahnya sudah menceritakan segala-galanya. Bukan ttg sesuatu yang di luar dari dirinya. Maka cukup dan perfect disitu.
Paling penting, Ninavau ‘berkhutbah’ sebelum mengenal agama kenali kemanusiaan. Ninavau bukan bermain isu sensitif tapi ekspresif dalam memainkan ceritanya.
Syabas
Stars 4/5


