Horor terbaru arahan Azhar Kinoi Lubis yang dibawakan dengan cemerlang oleh barisan aktor Callista Arum (Puteri), Nova Sari (Bu Sari) dan Raihan Khan (Donny) serta beberapa pelakon lain. Filem ni mengangkat persoalan amalan tilik nasib sebagai satu tipu daya iblis yang licik memerangkap manusia.
Naratif filem ni berangkat dari kematian Bu Sari seorang ibu tunggal pengamal / pakar tilik nasib yang memiliki seorang anak gadis bernama Putri. Dipaparkan dlm filem, selama hidupnya, Bu Sari sentiasa tidak terpedulikan keperluan Putri kerana sibuk dengan pekerjaan meramal nasib orang dan pemujaan kerana sudah terikat dengan perjanjian dengan syaitan.
Horor dan misteri bermula bila Putri mula mendapat pesanan whatsapp dari nombor talipon arwah ibunya. Awalnya Putri abaikan namun kemudian mula merespon bila semua pesanan tersebut betul dan menyelamatkannya dari beberapa kemalangan. ‘Roh’ Bu Sari mahu Putri meneruskan legasi sebagai peramal nasib tapi adakah sebenarnya begitu? ia mungkin boleh diteka oleh penonton dan jawapan ada di hujung filem tapi yang jadikan cerita ni menarik ialah deretan peristiwa yang membawa kepada jawapan tersebut.
Ironinya, dalam kehidupan sehari-hari, tidak kurang juga yang percaya dgn ramalan ini dan tertanya bagaimana si peramal tahu? Dalam filem ni dimuatkan potongan hadis riwayat al-Bukhari yang menyebut : “syaitan naik bertingkat-tingkat (ke langgit) untuk mencuri berita (kebenaran), lalu menyampaikannya kepada tukang tilik, yang menokok tambah dengan dusta” Jadi, walaupun ada “ramalan yang betul”, ia bercampur dengan banyak pembohongan.
Jumpscare? Memang bertalu-talu sebagaimana selayaknya filem horor tapi untuk saya yang jauh lebih penting ialah awakening tentang tipu daya iblis dari filem ni
Stars 4/5
#Support10StarCinemas #MamaPesanDariNeraka


