Siapa ‘mereka’ tu? golongan apa? cuba eja Labinak terbalik, merekalah golongan tu. Jujur, saya suka filem ni sebab dia bukan simbah kita dengan horor semata-mata tapi ia cuba ‘memberitahu’ suatu pesan tentang orang biasa yang tersepit dengan satu sistem. Sistem yang macam “makan” orang miskin demi kekuasaan dan keabadian. Saya macam pernah tengok filem orang putih lebih kurang macam ni tapi sedikit berbeza lupa tajuknya.
Cerita pasal watak utama Najwa, ibu tunggal yang sanggup pindah ke tempat baru sebab mahu beri hidup lebih baik untuk anaknya Awalnya memang nampak macam rezeki besar yang tidak dapat ditolak. Dapat rumah mewah, kelengkapan percuma, gadjet percuma, telefon, laptop berjenama (apple) persekolahan percuma untuk anak dan dapat kerja sesuai kemahirannya sebagai Guru. Tetapi disebalik itu semua ada rahsia gelap dan kelam yang menanti. Seramnya bukan sebab hantu, tapi sebab manusia yang kejam atau lebih dalam dari itu ialah sistem yang kejam.
Bahagian yang bagus dari filem ni ialah rasa real, watak Najwa dekat dengan kita. Kita boleh faham kenapa dia buat semua tu untuk anak dia. Mood seramnya perlahan bukan terus kasi terkejut, tapi kasi kita rasa gelisah dan rasa tak selesa dulu. Backstory Najwa buat kita fikir, adakah ini real atau hanya trauma Najwa. Jawapannya tengok sendiri.
Untuk saya walaupun terasa seperti cerita seperti dihabiskan tergesa-gesa namun filem Labinak bukan sekadar filem horor. Dia buat kita rasa takut, marah, sedih yang semua bercampur sekali. Filem membuat saya berfikir siapa sebenarnya “hantu” dalam hidup ni yang kita ingin sangat terlepas darinya. Mesejnya kuat gais dan filem ni arahan Azhar Kinoi Lubis, selalu mempunyai cara tersendiri mempersembahkan cerita horornya. Awal tahun ni saya tengok juga Filem Petaka Gunung Gede (2025) arahan beliau.
STARS 4/5
#Support10StarCinemas #FilemLabinak


