Filem ANACONDA 2025: Pasal pembuat video wedding (Jack Black) & pelakon tambahan Hollywood (Paul Rudd) yang dipecat dari studio kerana gagal akting cuba buat ‘remake’ filem Anaconda.

Rasanya klu mau cari filem untuk tontonan Krismas tahun ni, filem ni lah. Entertaining dan ngam ditonton seisi keluarga. Sebuah filem adventure + action comedy tentang sekumpulan ‘pelakon dan kru filem’ yang diketuai oleh watak Jack Black dan Paul Rudd terperangkap di hutan tropika ketika buat penggambaran ‘remake’ sebuah filem aksi besar. Mereka berdepan dgn ujian bila seekor anaconda raksasa benar-benar muncul ketika sedang buat pengambaran. Kekalutan yang terjadi buat mereka terpaksa cincang semula skrip.

Yang menarik bagi saya dengan filem ni ialah hal yang paling mencabar sebenarnya bukan ular itu tetapi konflik antara mereka sendiri, kepentingan peribadi, dan tekanan dunia penerbitan Hollywood yang penuh tikam-menikam. Saya tertarik dengan set-up filem ni yg sangat menarik dan tersambung dgn kejadian demi kejadian seterusnya.

Paul Rudd dengan lawak jujur dan santainya dan juga Jack Black yang sentiasa ribut mengukuhkan idea bahawa humor atau kesan lucu boleh timbul daripada situasi dan hubungan manusia dan bukan sekadar dialog semata. Cameo pelakon dan penyanyi Hollywood juga buat filem ni tambah menarik dan menghiburkan.

Filem ni juga jauh beza dengan versi lama, kalau Anaconda versi lama tu lebih fokus kepada survival dan ketakutan fizikal tapi Anaconda 2025 ni versi yang tersendiri, lebih kepada hiburan yang gabungkan komedi, sindiran terhadap dunia filem Hollywood, dan falsafah ringan tentang persahabatan.

Untuk pembikin filem terutama pengarah dan penulis skrip or pelakon, Anaconda 2025 wajib ditonton sbb boleh dikatakan filem ni juga adalah tentang suka duka pembuatan filem dan ragam orang2 yang terlibat di dalamnya yang disampaikan dengan komedi.

Filem ni ada filosofi mudah ttg manusia sering bercakap tentang kejayaan, tetapi jarang bercakap tentang siapa yang sanggup bersama kita ketika semuanya hampir gagal. Ular mungkin ancaman, tetapi manusia sering menjadi ujian sebenar hu hu.

Stars 5/5

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *