Pertama tahniah untuk penulis dan pengarah Jade Morris (tahniah sudah registered sebagai pengarah filem wanita Sabah) suami Gregory dan team produksi serta semua pelakon atas upaya dan ‘karja karas’ menyiapkan filem ni.
Selepas tengok, saya tercari-cari satu kata untuk gambarkan filem komedi romantik ni secara keseluruhan. ‘Comel!’ itu yang terdetik. Comel dalam konteks yang saya maksudkan ialah satu bentuk persona yang sukar dijelaskan secara teknikal tapi mudah dirasai secara emosi.
Harus diingat, orang comel dalam konteks kehidupan sehari-hari tidak semestinya menepati citarasa semua orang. Ada yang melihatnya sebagai suatu yang menarik, ada yang menganggapnya biasa-biasa saja malah ada yang langsung tidak terpikat. Disebalik perbezaan selera tu pula ada sesuatu yang buat kita ingin mengenalinya lebih dekat.
Begitulah kira-kira filem MR FINANCE di mata saya, mungkin tidak sempurna dari sudut penceritaan, tidak begitu kompleks dari sudut pembinaan watak. Beberapa scene terlihat hanya filler scenes yang kurang membantu perkembangan cerita tapi ia memiliki daya tarikan tersendiri yang membuat kita sukar menolaknya bulat-bulat. Biasalah ada karya yang hadir bukan membuat kita kagum tapi tetap membuat kita tersenyum.
Saya mau mau juga sebut, filem ni mungkin bukan untuk semua tapi tidak bermakna ia tidak mempunyai sebab untuk disukai contohnya percubaan pengarah menampilkan watak Dani sebagai gadis autisme patut dipuji. Percubaan dan upaya pelakon deliver watak juga wajar dihargai.
Menyentuh tentang subjek yang memacu penceritaan iaitu ‘cinta gadis autisme’, saya bukan pakar dalam bidang autisme, jadi saya tidak mau buat kesimpulan besar tentang cara individu autistik berfikir atau bertindak tapi berdasarkan gambaran yang saya fahami, sesetengah individu autistik mungkin mentafsir bahasa secara literal, berkomunikasi secara terus terang atau tidak semestinya memberikan respons sosial seperti yang dijangka oleh orang lain (termasuk penonton untuk filem ni). Ciri itu ada pada Dani dan karakter Dani berjaya pancing simpati saya. Babak Dani ke bekas sekolah yang membesarkannya agak menyentuh. ‘Di sinilah saya belajar untuk duduk diam’ luah hati Dani yang sememangnya tidak boleh duduk diam sepanjang filem.
Bahagian ending filem ini agak cemerlang dan statisfying. Jade membinanya agak kemas juga. Overall, mungkin MR FINANCE bukan sebuah filem yang akan membuat semua orang terpegun dengan kehebatan naratifnya, tapi sekali lagi ia mempunyai sesuatu yang lebih sederhana iaitu daya tarikan yang membuat kita mahu memberikan peluang kepadanya. Mungkin di situlah letaknya maksud perkataan comel yang saya gunakan awal tadi.
Tahniah! ๐ซถ๐ผ
2.9/5 Stars
#10StarCinemas #10StarCinemasPawagamKomuniti #10StarCinemasParklaneCityBenoni #FilemMrFinance #MrFinance #Autism #RCReview


