๐…๐ข๐ฅ๐ž๐ฆ ๐“๐„๐‘๐๐€๐๐† (๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) ; ๐“๐ž๐ซ๐›๐š๐ข๐ค ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐ค๐ž๐ฅ๐š๐ฌ๐ง๐ฒ๐š ๐ญ๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ง๐๐ข๐ซ๐ข.

Filem ni bukan filem yang sempurna tapi rasa statisfying dan rasa patriotik meningkat pula lepas menontonnya hingga tiada ruang untuk saya ingat balik part mana yang tidak sempurna. Sbb itu saya katakan ia beautifully made… cantik tidak semestinya sempurna. Jelas pengarahnya tahu apa ‘rasa’ yang hendak disampaikan kepada penonton. Cerita ini ‘lebih besar’ dari barisan pelakon yang tampil di dalamnya.

Resepinya cukup. Ada adrenalin, ada emosi, ada humor dan paling penting ada ‘jiwa Malaysia’. Sebab tu saya ketegorikan sebagai ‘filem kenegaraan’. Filem ni ‘lebih besar’ dari tokoh pelumba rali negara Karamjeet Singh yang jadi inspirasi kepada filem ni. Ia tentang ‘Pasukan’ team! Malaysia.

Filem karya Chiu Keng Guan ni jelas masih ada DNA karya beliau terdahulu, OlaBola. Kalau OlaBola guna bola sepak sebagai medium bercerita tentang Malaysia, kali ini beliau gunakan sukan rali. Mesejnya mudah kita di Malaysia mungkin datang dari pelbagai latar berbeza tapi apabila kita mengejar sesuatu yang lebih besar dari diri kita, kita perlu bergerak sebagai satu pasukan.

Skrip? Dialog best. Ada dialog yang bantu kita memahami cerita dan circumstances ada dialog yang mengajak kita berfikir atau beri kita input fikiran. Best!

Humor? Zizan Razak sebagai mekanik memang tidak pernah mengecewakan. Scene melibatkan beliau dan watak Richard (Micheal Helfman)sangat kelakar.

Barisan pelakon memang terbaik. Deliver watak masing2 dengan cemerlang. Watak Ajeet (Irfan Zaini) cemerlang! Lakonan ‘rasa bersalah’ atas kejadian memang menjadi. Beliau bukan lagi terlihat melakonkannya tapi ‘merasakannya’. Jack Tan (pelakon filem Abang Adik) sebagai Kit co-driver Ahjeet pun best. Pelakon lain, Namron, Diana Danielle, Qasrina Karim, Shewta Sekhon (kali pertama sy tengok lakonan Shewta) & Luqman Hafidz semuanya menjadi.

Overall, TERBANG ni adalah metafora tentang manusia yang cuba bangkit semula selepas jatuh. Sangat menginspirasi. Tanpa ragu2 filem ni 5/5 bintang bagi saya.

#10StarCinemas #10StarCinemasPawagamKomuniti #10StarCinemasParklaneCityBenoni #FilemTERBANG2026

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *