๐…๐ข๐ฅ๐ž๐ฆ ๐‚๐„๐Š ๐Š๐‡๐Ž๐ƒ๐€๐Œ (๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) ; ๐†๐ฎ๐ง๐š ๐ก๐š๐ง๐ญ๐ฎ ๐ฌ๐ž๐›๐š๐ ๐š๐ข ๐ฌ๐ฎ๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐ค๐จ๐ฆ๐ž๐๐ข. #HantuDupang versi Indonesia agaknya

Masa tengok filem ni saya tertarik dengan adegan ‘persidangan’ para hantu di suatu tempat macam gua rasanya haha. Ketua hantu pun bercakap pasal kebimbangannya bahawa manusia sudah tidak takut lagi kepada hantu tapi lebih takut tengok dompet kosong, harga minyak, kenaikan harga barang dan lain-lain ketakutan yang tidak berkaitan langsung dengan hantu. Kebimbangan tersebut timbul kerana dikatakan jika manusia sudah tidak takut kepada hantu, maka jangkahayat hantu-hantu tersebut akan jadi lebih singkat maka solusi perlu dicari agar manusia takut semula kepada hantu. Dalam hati saya ‘uish ada idea macam ni aa’. Walaupun dengan wajah mengerikan dan bermacam jenis telatah hantu2 tersebut melucukan.

Filem Cek Khodam (INDO 2026) sebuah filem komedi horor yang menghiburkan walaupun agak merapu ceritanya. Filem ni jadi menarik bila ideanya dikatakan berasal dari kegiatan Cek Khodam (tengok dengan mata batin jenis pendamping seseorang) di sosial media di Indonesia yang agak popular namun tidak pula menyeramkan tapi melucukan kerana pengguna sosial media yang bersiaran langsung menyebut macam-macam nama khodam (pendamping) dengan nama / gelaran melucukan. Fenomena tersebut kemudiannya dikembangkan jadi filem komedi seram walaupun tidaklah seram sangat dan lebih komedi.

Menarik bila filem ni ialah menggunakan sepenuhnya makhluk supernatural sebagai sumber komedinya. Jump scare? Ada tapi tidaklah meresap ketegangan tu sebab hantu-hantunya sentiasa melucukan. Yang bestnyaโ€ฆ Punchline filem ni ialah rupa-rupanya alam ghaib lagi huru-hara dari dunia manusia.

Paling ketara lagi ialah unsur satira (sindirian) sangat kuat dan berfungsi! Hantu boleh muncul tengah malam tapi hutang (tagihan) setiap bulan. Hantu mungkin hanya menjerit tapi notifikasi bayaran tertunggak di handphone oleh buat seseorang terus terdiam dan garu kepala. Filem ni sarat dengan kritik sosial, sempat juga selitkan elemen emosi tentang hubungan ibu anak, ayah dan anak, persahabatan. Overall filem ni lebih menonjol sebagai satira sosial tentang dunia moden, budaya viral. Oh ya selepas menonton tiba-tiba terfikir juga, mungkin ini filem #HantuDupang versi Indonesia

Stars 4.8/5

#10StarCinemas #10StarCinemasParklaneCityBenoni #10StarCinemasPawagamKomuniti #FilemCekKhodam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *