๐…๐ข๐ฅ๐ž๐ฆ ๐‡๐Ž๐๐„ (๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) ; ๐๐ข๐ฅ๐š ๐ฆ๐š๐ง๐ฎ๐ฌ๐ข๐š ๐›๐ž๐ซ๐ก๐š๐๐š๐ฉ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ฌ๐ฎ๐š๐ญ๐ฎ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ญ๐ข๐๐š๐ค ๐ฆ๐ž๐ซ๐ž๐ค๐š ๐Ÿ๐š๐ก๐š๐ฆ๐ขโ€ฆ

Satu hari penduduk di sebuah daerah perbatasan antara Korea Utara dan Korea Selatan kecoh bila seekor lembu ditemui mati dengan keadaan mengerikan, kemudian muncul pula mayat manusia. Penduduk mula percaya ada harimau atau binatang buas yang sedang memburu mereka tapi timbul persoalan luka tersebut tidak sepadan dengan gaya serangan harimau atau beruang. Jadi apa? Bahagian inilah ikat penonton dikerusi walaupun dengan masa yang agak panjang

Naratifnya sangat cekap bermain suspens. Apa yang kita sangka sedang berlaku bukan semestinya apa yang sebenarnya berlaku. Di sinilah filem HOPE menjadi menarik walaupun ia mengambil masa agak lama sebelum memunculkan makhluk yang jadi punca semua kekacauan. Lebih 30 minit, kita dikasi visual darah, bunyi, kesan serangan dan mayat yang hancur. Jelas rasa seram dan takut yang datang bukan sebab kita nampak monster tetapi kerana kita tidak nampak apa-apa. Garapan suspense cukup berkesan.

Pengarah Na Hong-jin seolah sengaja biarkan penonton dalam keadaan yang sama dengan situasi watak-wataknya iaitu tidak tahu apa yang mereka sedang hadapi. Lakonan? pada hampir pertengahan filem, eh ada Jung Ho-yeon sebagai Sung-ae pelakon Squid Game mencuri perhatian saya. Filem ni perlihatkan sisi lakonannya yang berlainan. Karakternya bukan sekadar polis wanita yang berani tetapi mempunyai tenaga dan physicality yang membuat beberapa adegan aksi terasa lebih hidup. Hwang Jung-min pula seperti biasa, mempunyai kemampuan menjadikan karakter biasa kelihatan luar biasa.

Bagi saya HOPE bukan sekadar filem monster. Nampak filem ni satu filem eksperimen genre, semua dia tuang masuk ke dalam ; monster movie, horror, action, black comedy dan sci-fi semua ada. Intinya pula lebih kepada sebuah cerita tentang bagaimana manusia membuat kesimpulan berdasarkan apa yang mereka percaya. Masalah bermula apabila manusia melihat sesuatu yang tidak difahami, lalu segera ‘mencipta’ musuh. Di hujung filem akhirnya kita tahu asal muasal dan kenapa monster tersebut bertindak ganas.

Lagi satu, sebrutal-brutal makhluk dalam filem ni, terselit juga elemen emosi yang dalam dan dark komedi yang menghiburkan. Ini bijak

Menarik juga untuk dikongsi, sinematografi oleh Hong Kyung-pyo yang pernah mengendalikan kamera untuk Parasite dan Snowpiercer memberikan skala yang jauh lebih besar kepada perkampungan kecil ini. Hutan, jalan kampung, kenderaan, gunung dan ruang terbuka digunakan untuk menghasilkan rasa bahawa manusia sedang berdepan sesuatu yang jauh lebih besar daripada kemampuan mereka. Cantik shotnya.

Overall, HOPE bukan filem sci-fi yang sempurna. Ada CGI yang terasa tidak sekata, ada humor yang mungkin tidak kena dengan semua orang dan ada bahagian akhir yang terasa terlalu sarat dengan persoalan filosofikal. Kelemahan yang paling terasa ialah, filem ni telampau panjang bah bah bagi sy (156 minit)

Stars 4.8/5

#10StarCinemas #10StarCinemasPawagamKomuniti #10StarCinemasParklaneCityBenoni #FilemHOPE

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *