BAS MALAM – New Benchmark For Sabah Film Maker

Dua hari yang lepas, saya menonton offline untuk Part 1 – Decendent Of The Sun (DOTS), siri viral Korea Selatan yang di remake menjadi filem Indonesia arahan Sutradara Hanung Bramantyo. Dan semalam jg secara eksklusif, saya menonton offline untuk sebuah filem dengan durasi 40 minit arahan pertama adik-beradik graduan UMS Zura Anwar dan Shera Anwar.

Di atas kertas, perbandingan ibarat langit dengan bumi. DOTS dari produksi yang besar serta melibatkan 3 buah negara dan mendapat sentuhan Sutradara Lagenda manakala BAS MALAM dari Sutradara Mentah. Mungkin agak ekstrem, sebagai Penerbit Eksekutif kedua filem ini, saya katakan keduanya mempunyai garapan sentuhan yang hebat dan kekuatan yang sama. Yang membezakan adalah persepsi kita. Saya bangga dengan kedua-duanya.

Tidak akan bercerita lebih lanjut tentang storyline namun apa yang sy ingin katakan bahawa gaya penceritaan dan garapan filem sutradara muda ini dalam BAS MALAM sangat impresive serta membanggakan. Realitinya dari pandangan saya, jika dibandingkan filem ini bertaraf antarabangsa. Pandangan yang ekstrem, tapi saya tahu apa saya yg tulis …

Sebaris dengan POLONG, filem BAS MALAM ini juga diletakkan di bawah Program Pembangunan 10 Star FC menampilkan pelakon – pelakon hebat seperti Fikree Bakar, Beto Kusyairy, Azhan Rani, Zahiril Adzim dan beberapa lagi pelakon tempatan Sabah.

Juga satu kebanggaan kepada barisan pelakon yang mempunyai nama dan reputasi dalam industri kerana sudi untuk berlakon bersama pelajar dan di bawah pengarahan bakat muda yang “belum mempunyai nama” .. dan ini menunjukkan sokongan anda kepada komuniti ini.

Alhamdulillah secara rasminya hari ini, POLONG telah mencapai kutipan RM 15 juta. Insya’Allah filem lain bakal menyusul.

“.. yang penting kita terus berusaha dan harus percaya ..”

Nota 1 – BAS MALAM akan berada di layar lebar 10 Star Cinemas pada suku ketiga tahun ini.

Nota 2 – (Gambar) Bas KK – Tawau adalah nostalgia untuk Penerbit Eksekutif. Antara punca saya akan all out. Personal ..

Nota 3 – Lakonan Fikhree Bakar sangat A++ dan saya nampak Zahiril Adzim tu dah macam orang dari Kg. Titingan (Esbok) Tawau dari cara dia bercakap. Perfect

#10StarFC #BasMalam #POLONG #10StarCinemasDistribution

Onn Norshal Hamzah

10 Star Cinemas / EP

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *