Walaupun sebuah filem seram dan agak gelap, still, filem ni bagi saya adalah antara one of the most beautiful horror films ever made. Bukan sekadar cantik dari segi visual, tapi ada beauty dalam cara ia menyampaikan emosi, penceritaan dan bahasa sinematiknya. Serba serbi kemas dan hampir perfect.
Bagaimana pula cerita horor tentang khadam (jin peliharaan) boleh beautiful? Maksud saya begini, Pertama filem ni berjaya bina suasana tahun 1950an di sebuah petempatan orang melayu yg agak terasing dari kediaman orang lain. Belakang kita faham kenapa family ni ‘terasing’.
Kedua filem Khadam ni satunya tidak bergantung kepada jumpscare semata. Kekuatan utamanya datang daripada bagaimana ia membina suasana (atmosphere) cerita, emosi, ketegangan dalam garapannya. Kita yang menonton rasa bimbang apa akan jadi kepada keluarga ini seterusnya. Setiap babak terasa seperti bawa kita masuk lebih jauh ke dalam dunia wataknya. Dunia yang penuh trauma, rahsia dan konflik dalaman yang sudah lama tersimpan.
Yang paling menarik ialah filem ini faham bahawa horror yang kuat bukan hanya tentang โapa yang menakutkan manusiaโ, tetapi kenapa manusia takut. Elemen seram diguna untuk mengangkat emosi dan perjalanan watak. Sebab itu penonton bukan hanya tengok hantu atau ancaman tetapi juga merasakan beban yang ditanggung oleh karakter.
Dari sudut visual, filem ini mempunyai sinematografi yang sangat terjaga. Komposisi frame, pencahayaan, penggunaan ruang dan warna semuanya membantu membentuk mood. Ada babak yang terasa dan terlihat seperti lukisan cantik tapi dalam hati kita tentu ada ironi yang gelap disebalik tu semua dihujung cerita.
Lakonan? watak dewasa Datuk Remy Ishak, Aghniny Haque & Siti Khadijah Halim sangat beliveable. Aghniny Haque pelakon wanita asal Indonesia sangat best dlm ni. Character Internalization sangat mendalam. Demikian juga dua pelakon kanak-kanak Zarra Zhaf & Karl’el juga begitu cemerlang dgn karakter masing-masing. Boleh dikatakan, lakonan adalah antara kekuatan filem ini. Para pelakon tidak bermain sekadar untuk tunjuk ketakutan. Mereka memberikan lapisan emosi yang membuatkan watak terasa hidup. Ekspresi kecil, diam, pandangan mata dan reaksi spontan ‘semuanya bercerita’
Overall, Khadam ialah contoh bagaimana filem horror boleh menjadi sebuah karya yang ‘puitis’, seram tetapi cantik, gelap tetapi mempunyai jiwa. Ia membuktikan bahawa genre horror bukan hanya tentang menakutkan penonton, tetapi tentang meninggalkan kesan selepas ceritanya selesai. Paling penting jangan ‘ternak’ Khadam, tidak kira khadam dari alam lain atau alam realiti.
Stars 4.8/5


