Sebagai generasi Gen X, Disclosure Day terasa macam sebuah penghormatan Spielberg kepada zaman kegemilangan beliau pada era 80-an, khususnya roh siri Amazing Stories yang pernah membawa keajaiban kecil, misteri dan rasa kagum terhadap perkara yang tidak dapat dijelaskan (Siri ni hampir saya tengok setiap episod di tv rumah jiran)
Saya memang beriya-iya mau tengok filem ni tapi rupanya Disclosure Day tidaklah seberapa menawarkan sesuatu yang baharu. Banyak elemen terasa seperti imbas kembali formula lama Spielberg: dunia biasa yang tiba-tiba diganggu sesuatu yang luar biasa, manusia biasa berdepan rahsia besar alam semesta dan persoalan sama ada manusia sedia menerima kebenaran yang selama ini disembunyikan atau tidak
Untuk saya sekurang-kurangnya ada dua perkara yang menjadi kekuatan utama filem ini. Pertama ialah binaan struktur dramatiknya. Spielberg as usual bijak bina rasa ingin tahu bukan melalui ancaman makhluk asing yang agresif, tetapi melalui โBagaimana manusia bertindak apabila bukti kewujudan sesuatu yang lebih besar daripada mereka akhirnya didedahkan?โ
Kedua ialah konsep โdisclosureโ itu sendiri, footage dan bukti misteri yang akhirnya membuka rahsia kepada umat manusia bahawa kita mungkin tidak bersendirian. Anomali yang berlaku di seluruh dunia menjadi nadi cerita menghidupkan rasa paranoia, ketakutan dan kekaguman.
Tetapi lepas itu, banyak yang terasa seperti dรฉjร vu. Ada babak yang seakan mengulang kembali keajaiban visual Spielberg yang lama seperti simbol rusa ajaib, kereta api sebagai laluan ke dunia lain, lori bomba yang invisible dan lain2
Yang menarik ialah cara watak-watak dalam filem ini menjadi โmataโ penonton. Mereka bukan sekadar hero yang melawan alien, tetapi manusia biasa yang cuba memahami sesuatu yang melampaui logik mereka yang berlaku ke atas mereka. Watak utama yang dimainkan oleh Emily Blunt membawa sisi manusia yang kuat, seorang individu yang berdepan trauma, keraguan dan persoalan moral apabila kebenaran besar muncul. Manakala Josh O’Connor (Pelakon ni iras Kevin Costner) pula memberikan tenaga berbeza sebagai watak yang lebih mencari jawapan daripada kemenangan.
Kekuatan Spielberg sejak dulu bukan pada makhluk asing itu sendiri tetapi pada reaksi manusia apabila berdepan sesuatu yang mustahil. Alien cuma simbol, cerita sebenar adalah tentang rasa ingin tahu, ketakutan dan harapan manusia.
Disclosure Day mungkin bukan karya paling segar dalam dunia sci-fi tetapi ia mengingatkan kita fakta bahawa Spielberg ialah pembuat filem yang faham bahawa keajaiban sinema bukan hanya tentang apa yang kita lihat tetapi perasaan yang muncul apabila kita percaya sesuatu yang mustahil mungkin ada benarnya…
Stars 4/5
#DisclosureDay #10StarCinemas


